Karya ini adalah penulisan semula entri buku harian mengenai mimpi demam yang saya alami semasa ribut pasir dan terinspirasi khususnya oleh NCTmentari dan “The 7th Sense”. Mencerminkan konsep pemerkasaan tak linear NCT melalui hubungan manusia tanpa batas, puisi ini mengikuti proses kelahiran semula ke dunia baharu melalui mimpi yang huru-hara.

Advertisement

 

Seperti gelombang laut yang gelisah

Advertisement

berpusing dan melambung bersama telepati bulan,

anggota badan marionetteku terangkat kepada nada rosak peniup seruling.

Terpikat dengan fatamorgana muzik,

Advertisement

pengawal ribut yang akan datang.

 

Gelombang pasir menahan dan menenggelamkan lengan emas yang terbit di Timur,

Advertisement

harapan menjadi mangsa binatang itu.

Sungai di muara laut ini

mengalir seperti jari-jari di tangan,

Advertisement

untuk menekup sekelilingku seolah-olah dalam doa yang bersungguh-sungguh.

Upacara untuk menghantar sarkofagus pasirku,

dibentuk dengan garisan-garisan di telapak nasib,

Advertisement

ibaratkan peta yang terbentang ー

 

ー setiap nota lagu yang berubah-ubah ini,

Advertisement

bergema menghantui kepompongku

seperti nadi di dalam rahim gurun ini.

Berkontraksi untuk menanggung kegelapan pada badan aku yang semakin lemah.

Advertisement

Tekanan yang memperdalamkan lagi demam muram ini,

dan aku berderai, bergetar dan berderit ー

 

Advertisement

ー menghela nafas keinginan mati ke dalam nafas tandus gurun ini; sebuah

panggilan buat orang pasir untuk melontarkan mimpi kepada mata-mata yang tidak tidur

jadi aku boleh berehat dalan kematian

Advertisement

atau sekilas

menerusi vibrasi yang mengalihkan kelubung itu buat beberapa saat pada satu masa,

jahitan yang bersempadan mimpi dan kelemahan.

Advertisement

 

Cengkaman sumpahan keheningan yang memerangkap aku

terlerai untuk mencipta kain kenyataan,

Advertisement

bersatu ke dalam kanvas kehidupan tanpa had

di mana aku boleh mengatasi garisan-garisan Penrose ini untuk melihat

Daun-daunan cakerawala yang mengganti tanah tandus masa.

Advertisement

 

Mimpi demam yang membawa wahyu membuatkan dunia aku cerah

Aku mekar melalui tunasku kepada bukaan kelopak-kelopak cecair

Advertisement

Seperti matahari yang terbit di ufuk berkabus,

hangus oleh api kehidupan

seperti jiwaku bertemu jasadku

Advertisement

dalam kenyaringan tahi bintang yang jatuh ke bumi.

 

Kelahiran semula

Advertisement

Aku melihat pandangan ini dengan mata baharu,

tidak lagi terkilan dengan sikap tidak peduli.

Dan semua yang melintas di sekelilingku dan menerusiku adalah empati.

Advertisement

 

Sila lihat hasil penulisan yang bagus lain, Matahari dan Bulan disini!