Sejak AleXa melakukan debutnya pada tahun 2019, penyanyi solo itu telah melakonkan watak pahlawan A.I yang beremosi kuat di dalam dunia apokaliptik, trek bunyi dengan heavy trap dan rentak tekno (techno beats). Dengan single barunya yang berwarna-warni “Xtra,” dia menunjukkan sekilas artis dibawah konsep tersebut. AleXa berbual dengan EnVi menerusi emel tentang inspirasi Y2K di dalam album terbarunya ReviveR, permulaan yang rendah hati, dan semangatnya yang tidak pernah habis untuk melakukan persembahan.
Perisa Baharu, Ekstra Keju
Jika anda telah mendengar AleXa bercakap beberapa kali, anda pasti sudah tahu bahawa “ekstra” adalah penerangan yang tepat untuk idola Gen Z yang penuh tenaga ini. Di dalam temu ramah, dan juga saluran vlog peribadinya, Alexa 360, dia bercakap dalam meme dan rujukan Drag Race RuPaul. Diskografinya menceritakan kisah yang berbeza.
Dari album single debut artis itu “Bomb,” hingga ke comeback terakhirnya, “Revolution,” AleXa telah mengeluarkan lagu-lagu anthemik yang lebih gelap, dibalut dalam pelbagai kisah alamㅡsecara ringkasnya, dia merupakan sebuah android, dihasilkan dalam dunia distopia. “Semua comeback saya yang sebelum ini, menunjukkan anda A.I. AleXa, tetapi dengan comeback dan konsep baharu ini, kami ingin menunjukkan kepada anda kehidupan lalunya dan memori sebagai seorang manusia,” AleXa menulis. “Sementara koreografinya masih sangat sukar, ia memberikan sisi yang lebih ringan daripada sisi gelap dan bombastik yang biasa dilihat oleh para peminat.”
Didorong dengan bunyi hon dan hook lisannya (“I got you, I got you, I got you, I got you”), “Xtra” menangkap keberanian dan tekad Alexa. Lagu tersebut ditulis oleh dua duo SwedenㅡMoonshine dan Sunshine, yang bersama-sama telah bekerja dengan NCT Dream, Red Velvet, Twice, dan ramai lagiㅡdan hasil produk akhir mengekalkan hampir kesemua bahasa Inggeris asalnya. Dengan yang kekal dalam lidah bahasa ibunda idola itu, lagu itu diputarkan di wheelhouse, dengan cheesy (tidak bermaksud gurauan) tetapi baris yang menarik perhatian serta merta seperti, “On my burger and my fries always extra cheese, yeah,” atau dalam bahasa Melayu, “Atas burger dan kentang saya sentiasa ekstra keju, yeah,” yang melekat di dalam fikiran anda berhari-hari.
Dengan “Xtra,” AleXa berusaha untuk menggabungkan sikap video hiphop akhir 90-an dan awal 00-an dengan daya kepekaan yang keperempuanan remajaㅡkegilaan gaya yang kini mengambil alih Korea Selatan. Gaya yang bercampur ini berkisar dimana-mana sahaja daripada pakaian jalanan (streetwear) yang kelihatan moden hingga baju airbrush ke tartan yang kemas. “Pasukan dan saya benar-benar ingin meniru perkara-perkara yang kami nikmati daripada tahun 2000-an, seperti pernyataan fesyen yang ikonik, video muzik lama yang estetik, dan gaya penyuntingan,” AleXa berkata.
Seorang matahari dan bulan Sagitarius, AleXa dengan bebas akan mengakui bahawa dia sangat kompetitif, yang menerangkan klimaks video muzik itu; sebuah tarian bersama BM dari KARD dan kru saingannya, yang mengingatkan pada filem pertengahan dekad seperti Step Up. (Dia menang, semestinya.) Ianya saat-saat seperti ini yang membuatkan “Xtra,” walaupun masih berhubung dengan konsep A.I. AleXa, berasa lebih seperti surat cinta kepada eksentrik orang di sebalik karakter itu, Alex Christine.
Mengetuk Pintu ke Bawah
Apabila satu pintu tertutup, pintu lain terbukaㅡbegitulah pepatah kuno. Tetapi pintu tidak selalunya terbuka sendiri, dan AleXa pandai mencari peluang, di mana sahaja dan bila-bila sahaja ia datang mengetuk.
Pada masa dia datang ke Korea dari rumahnya di Tulsa, Oklahoma untuk mengikuti audisi untuk Cube Entertainment danㅡminggu seterusnyaㅡsatu tempat di rancangan survival Mnet Produce 48, dia hampir tidak dapat untuk berbahasa Korea sama sekali. Percubaannya menghasilkan penolakan , dan begitu juga yang seterusnya, walaupun tidak segera; dia berjaya lulus ke rancangan itu, tetapi dari 96 peserta yang bersaing untuk melakukan debut di dalam kumpulan perempuan sementara, dia menduduki tempat yang ke-82. (Jangan risau, dia mengatasinya dengan cara yang hebat.) Namun melalui proses ini, dia diambil oleh Label ZB, menjadi yang pertama dan satu-satunya trainee mereka.
Debut bagi AleXa, seperti semua calon idola, tidak pernah dijamin. Dalam episod K-pop Daebak baru-baru ini, dia menceritakan kisah pertemuannya dengan Zanybros (syarikat induk Label ZB) CEO Kim Jun-hong di tengah-tengah tempoh latihannya. Ragu dengan tahap di mana dia sedang meningkatkan kemampuan dan prestasi bahasa, AleXa mengatakan bahawa dia menahan air mata apabila Kim memberi isyarat bahawa ini adalah perbincangan yang terakhir.
“Dia menyerahkan sampul surat ini kepada saya, dan dia berkata, ‘Dalam sampul ini, ada kontrak yang awak [perlu] tandatangani yang akan membatalkan sepenuhnya nama AleXa, ia akan membatalkan semua rancangan debut, dan ia akan menjamin awak penerbangan pulang ke rumah,’” dia memberitahu di dalam podcast itu. Bingung dan patah hati kerana impiannya dirampas balik daripada setahun berlatih, AleXa membuka sampul surat tersebut. Di dalam terdapat satu nota yang mengucapkan tahniah kepadanya untuk debutnya yang akan datang.
Sebagaimana kebetulan jalan AleXa untuk menjadi seorang idola mungkin akan muncul, itu tidak mungkin akan berlaku tanpa kesungguhannya. Setelah bertahun-tahun menari sejak kecilㅡdia mula sewaktu hanya berumur 18 bulanㅡdan melakukan persembahan di dalam persembahan koir yang kompetitif, AleXa belajar teater muzikal semasa tugas ringkasnya di kolej. Pada masa yang sama dia ke sekolah dan bekerja di pusat membeli belah, dia membuat dance cover, membangun penonton di media sosial.
Satu-satunya orang yang boleh mengatakan tidak kepada AleXa adalah dirinya sendiri. “Walaupun saya tidak pernah meragui bahawa saya akan menjadi seorang idola, ianya tidak selalu tepat seperti apa yang saya mahu lakukan,” dia mengingat kembali. “Membesar, saya mempunyai beberapa aspirasi yang berbeza, semuanya berbeza di dalam bidang yang berbeza.” Sekiranya dia tidak pergi untuk jalan kreatif, kata Alexa, patologi forensik berada di bahagian atas di dalam senarai.
Menuju Batu “Xtra”
Bagaimana AleXa terus maju, tidak kira sekatan yang ditemuinya di sepanjang jalan? “Secara jujurnya, saya menjalani hidup saya dengan merancang matlamat jangka pendek untuk diri saya sendiri, sama ada ia sesuatu yang saya boleh capai dalam masa sehari atau dalam masa seminggu.” Melihat kembali perjalanannya, siri kemenangan-kemenangan kecil saling bertimbun: membentuk ikutan untuk dirinya sendiri, berjaya melakukannya di Korea tanpa keluarga di sini untuk sokongan, menguasai bahasa yang asing untuknya. Kesemua yang AleXa telah capai dibangunkan daripada kerja kerasnya yang tidak henti dan, dia bergurau secara separa serius, “kehendak untuk tidak pernah kalahㅡdalam apa-apa.”
Dan, sebanyak mana dia membesar, dia tidak akan melambatkan (pergerakannya) dalam masa yang terdekat. Dengan setiap comeback, AleXa telah memperluas jangkauan vokalnya dan kefasihan bahasa Koreaㅡsangat banyak sehingga dia mulai mengumpul kredit menulis lagu untuk majoriti lagu-lagu Korea. Lagu sampingan (b-side) funky milik ReviveR “Obsession” ditulis oleh beberapa penulis, dengan kolaborasi antara AleXa dan Vanessa Jeffersonㅡsaudara perempuan Lizzoㅡketika dia berada di Korea. “Obsession semestinya merupakan salah satu projek yang bersemangat bagi saya,” tulis AleXa. “Saya sangat bersyukur dan rasa diberkati untuk bekerja di samping Vanessa dalam mencipta lagu ini.”
Walaupun idola tersebut sudah pernah mengambil bahagian dalam menulis lirik sebelumnya, ini adalah pertama kali AleXa mencuba dengan tangannya sendiri di atas instrumen sedia ada yang label tersebut hantar kepadanya. Untuk projek yang akan datang, dia ingin mengembangkan kemahirannya dengan lebih jauh lagi. “Saya sangat ingin belajar bagaimana untuk untuk mengarang lagu dan menjadi lebih baik sebagai penulis lirik untuk album-album yang akan datang.”
AleXa Secara Autentik
Di atas dan di luar pentas, persona AleXa tidak mungkin berbeza (askar punk siber versus ceria, 4’11” Oklahoma asli), tetapi ada sikap yakin diri yang mengikat keduanya bersama. Keyakinan yang santai itulah yang membuatkannya sangat magnetik.
Kini dia mahu menjadi mercu keyakinan untuk orang lain. “Setiap kali orang melihat saya membuat persembahan, saya berharap mereka mengambil tenaga positif dan sesuatu seperti percikan untuk menyalakan api di dalam diri mereka untuk digunakan kepada semangat, apa yang mereka mahu,” dia berkata. Lebih daripada menghiburkan, AleXa berharap untuk menjadi kreatif dan salur rohani untuk yang berada di sekitarnyaㅡmendorong mereka menuju ke impian mereka, seperti yang dia selalu lakukan untuk dirinya sendiri.
“Pada penghujung hari, kamulah yang satu dan hanya kamu yang wujud,” tulisnya kepada peminat yang terinspirasi oleh tenaganya yang berkekalan. “Setiap hari, keluar dan jadilah versi diri kamu yang terbaik, paling tidak menyesal dan yang paling asli.” Bahkan, atau mungkin terutamanya, jika ia bermaksud menjadi ekstra.