Ditulis oleh : Marbella Ramirez | @jaehvunity
Diterjemahkan oleh : Yuni | @SUNFLWRSY_

Advertisement

 

NCT Dream tidak gagal untuk menonjolkan daya tarikan muda mereka sewaktu 6 daripada 7 ahli membuka konsert tersebut dengan lagu judul kesayangan mereka “Ridin”. Temponya yang memberangsangkan namun tegar adalah cara yang sempurna untuk memulakan konsert tersebut dan mendapatkan perhatian daripada penonton.

Advertisement

Dream memakai pakaian ikonik mereka sewaktu era “Ridin”, pilihan yang sederhana tetapi indah. Kesederhanaan pakaian tersebut dipastikan untuk menekankan pada bakat semula jadi dan visual setiap ahli daripada pilihan gaya yang dibuat oleh penggaya. Bagi ramai peminat yang hadir, persembahan ini pernah dilihat beberapa kali sebelum ini, namun koreografi yang kuat dengan kombinasi strategik gerakan lancar dan vokal yang sangat indah membuatkan susah untuk mengalihkan pandangan daripada skrin. Satu orang yang bersinar dengan karisma tariannya jelas hilang. Jisung masih dalam proses pemulihan dari kecederaannya dan tidak dapat untuk melakukan dengan prestasi yang sepenuhnya, namun begitu, dia masih disertakan dalam persembahan tersebut melalui solo shots yang berasingan.

NCT Dream hanya menyembahkan satu lagu sahaja pada permulaan konsert tersebut, meninggalkan ramai peminat dalam keadaan bingung dan merayu untuk lebih lagi. Syukurlah, mereka membuat persembahan lagi dengan 7 orang ahli.

“Deja Vu” menjadi lagu yang sangat dinikmati setelah keluarannya pada bulan Oktober lalu menerusi Resonance Pt. 1. Ia dengan bangga menjadi judul lagu pertama NCT Dream sebagai OT7 sejak 2018, membuatkan ianya sebuah lagu yang sangat dekat dengan hati-hati para peminat Dream.

Advertisement

Membuat persembahan secara langsung selepas pernyataan Aespa, NCT Dream membuat ramai orang tidak bersedia. Vokal Haechan pada permulaannya pasti akan membuat para penonton menggigil hanya untuk Mark memasuki pintu masuk, menaikkan tekanan darah di seluruh dunia. Pakaian mereka adalah langsung daripada video lagu yang dikeluarkan pada bulan Oktober. Setiap ahli memancarkan vibe pelajar sekolah menengah yang berbeza, secara keseluruhan menjadikan pentas itu sangat ceria. Jaemin mengambil imej jock, jaket varsity-nya kekal menarik seperti hari pertama ia dilihat. Sebaliknya, Renjun kelihatan selembut seperti biasa dengan penampilan yang selesa. Tenaga di atas pentas sangat menyeronokkan dan menerujakan kekal dengan konsep utama NCT Dream.

Hari ini menandakan 1 Januari di Korea, selain daripada menandakan permulaan 2021 ianya juga menandakan pendewasaan Jisung. Daripada SM Rookies kepada “Chewing Gum” kepada “Dejavu”, mereka yang telah mengikuti NCT Dream tidak sabar untuk melihat apa yang dibawa tahun baru. Adakah ia akan menjadi perubahan dinamik kumpulan? Album baru? Lawatan? Kita hanga perlu tunggu untuk mengetahui tetapi buat masa ini kita perlu mencari keajaiban dalam apa yang kita ada seperti NCTzens di bawah!

https://twitter.com/jaeminkkyuuu/status/1344862507408605186?s=20
https://twitter.com/lxyzen/status/1344894756275437569?s=20
https://twitter.com/jenoxious/status/1344896273862672384?s=20
https://twitter.com/jaeminkkyuuu/status/1344894692597456897?s=20