Ditulis oleh : Bre | @brelyndrop

Advertisement

Diterjemahkan oleh : Yuni | @SUNFLWRSY_

Taeyeon, vokalis utama dari Girls Generation, bernyanyi sebagai artis solo untuk konsert SMTOWN Live : Culture and Humanity. Bermula dengan “Four Seasons”, lagu ballad emosional yang membandingkan cinta kepada empat musim, dia memakai gaun putih yang panjangnya hingga lutut dengan renda dan bunga putih yang membuatkan dia kelihatan sungguh menawan diatas pentas. Penampilannya secara terperinci, dia memakai eyeshadow berwarna nudish merah jambu yang berkilauan, 3 cincin pada setiap tangannya, yang sangat sederhana untuk tidak berbeza dengan pakaiannya. Kukunya juga sederhana tetapi elegan untuk dipadankan dengan pakaiannya walaupun setelah menukar pakaian. Latar belakang untuk “Four Seasons” mempunyai jam yang berdetak dan roda gigi berputar memuji jalan cerita lagu tersebut yang masa berlalu seperti musim-musim.

Advertisement

Melangkah ke lagu yang seterusnya di dalam pakaian yang sama dimana sangat sesuai dengan “Happy”. Lagu musim sejuk percutian yang mempunyai latar belakang yang selesa dan hangat, dihiasi dengan pemandangan Krismas termasuklah pokok, lampu-lampu dan hadiah. 

Setelah dua lagu pertamanya, Taeyeon mengenalkan dirinya sendiri dan mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminatnya kerana telah menjadi sebahagian dari konsert tersebut. Sebagai satu-satunya wakil daripada Girls Generation yang hadir, dia  berbicara tentang masalah-masalah yang dihadapi semasa 2020 tetapi sebaris dengan keperibadiannya yang suka bergurau, dia bergurau bahawa satu kelebihan adalah para peminat tidak perlu “bergelut untuk tiket”. Sebelum melancarkan lagu terakhirnya pada malam itu dia menyatakan, “Saya harap semua orang akan mempunyai hari-hari yang cerah dan penuh harapan dengan berfikir secara positif dan mendengar lagu-lagu yang bagus”.

Persembahan ketiganya merupakan lagu terbarunya “What Do I Call You” dari album yang baru dikeluarkannya. Dia menukar pakaiannya kepada baju fuzzy lembut yang berwarna fuchsia dan skirt berwarna merah jambu gelap dengan topi surat khabar yang berwarna campuran antara warna hijau, ungu dan hitam, sekali dengan thigh highs berwarna hitam serta kasut tumit tinggi hitam. Latar belakangnya juga terdiri daripada latar belakang hitam pekat, jalur hijau, biru dan ungu yang memuji pakaian yang dipakainya pada masa itu. 

Advertisement
https://twitter.com/belleamelix/status/1344879565735297025?s=21
https://twitter.com/alljiene_sone/status/1344881789051883520?s=21
https://twitter.com/montflcoriego/status/1344879452585562113?s=21
https://twitter.com/belleamelix/status/1344881224326598657?s=21
https://twitter.com/eunhaesaur/status/1344886509384597504?s=21