Ditulis oleh Ellie Forte | @Filthydinosaurs
Terjemahan oleh Aimi Atifah | @heocaroons
Pada 5 April jam 12 tengah malam waktu Korea, Taeyong telah mengeluarkan lagu-lagunya yang sangat dinantikan, “GTA 1” dan “GTA 2”. GTA 1, yang diingati para peminat dari tour SuperM, sudah menjadi kegemaran peminat. Persembahan tersebut mempunyai koreografi yang teater (beremosi) dan mendebarkan. Ini bukan pertama kali para peminat ditunjukkan lagu itu. Pada musim panas tahun 2019, dia mengusik para peminat dengan lagu itu semasa di dalam studio bersama Raider dari Royal Dive.
Lagu-lagu tersebut memperlihatkan bakat Taeyong sebagai seorang rapper dan juga seorang penulis lirik. Menukar arus dan rap di dalam kedua-dua bahasa Inggeris dan Korea, dia terus untuk menunjukkan para peminat apa yang dia mampu.
Seorang Genius Pemasaran
Taeyong bukan sahaja telah menunjukkan bakatnya dengan muzik tetapi juga menjumpai cara untuk membina keterujaan di kalangan peminatnya. Daripada “Dark Clouds” kepada “GTA 1” dan “GTA 2”, dia telah mencipta sebuah pelancaran yang komprehensif. Mengusik para peminat dengan menggunakan beberapa platform seperti Bubble, VLIVE, dan Instagram, dia dapat menarik perhatian NCTzens dan TyongFs. Pelancaran tersebut bermula dengan sebuah post di Instagram yang memaklumkan para peminat untuk menantikan sesuatu yang akan datang
View this post on Instagram
Pada jam 6 petang waktu Korea, dia menghantar sebuah teaser untuk lagu-lagu tersebut tanpa menyatakan apa yang akan jadi. Gambar pertama merupakan salah satu daripada plushienya, Tokki Knight.
View this post on Instagram
Yang keduanya ialah dia dengan beg membeli-belah di atas kepalanya dan sebuah alat kawalan di tangannya.
View this post on Instagram
Dalam satu jam selepas keluarannya, “GTA 1” telah mempunyai 122K streams manakala “GTA 2” mempunyai 96.7K streams.
Reaksi Peminat
“SAYA JATUH CINTA DENGAN GTA 2.”
I AM IN LOVE WITH GTA 2
— ryu (@nct_127) April 4, 2021
“Dengan cara Taeyong mempunyai begitu banyak genre di antara lagu-lagu solonya seperti “Long Flight”, “Dark Clouds”, “GTA 1” dan “GTA 2”, semuanya terdengar sangat berbeza dan sangat unik. Dia benar-benar mengeksperimen dengan semuanya dan hakikat bahawa dia sangat bagus dengan kesemuanya adalah sangat hebat. Saya menyukainya.”
https://twitter.com/tokkiknight/status/1378727298858426379?s=20
“Saya ingin berterima kasih kepada homies Royal Dive kerana pengaturan GTA ini adalah sangat MENAKJUBKAN.”
I would like to thank the absolute homies royaldive because these GTA arrangements are so AMAZING pic.twitter.com/MpKOE5dQZ0
— T Æ Y0-NG (@GTroubleArtist) April 4, 2021
“Dengan cara lagu-lagu milik Taeyong begitu atmosfera dan anda benar-benar dapat mendengarkan cerita dan vibes yang ingin disampaikan olehnya adalah benar-benar salah satu perkara kegemaran saya tentang muzik solonya. T___T dia tidak pernah terikat dengan satu genre tetapi dia benar-benar telah mengembangkan gayanya sendiri, dia seorang artis ?”
the way taeyong's songs are always so atmospheric and you can really hear the story and vibes he's trying to convey is truly one of my favorite things about his solo music T____T he's never tied to a genre but he really has developed his own style he's an artist😭
— 방구석린 🌹 (@alientyong) April 4, 2021
Berhubung dengan Royal Dive
Royal Dive telah menunjukkan kehebatan mereka sebagai sebuah pasukan yang dapat mengatur dan menyusun muzik hebat. Royal Dive telah bekerja atas kegemaran peminat TyongF seperti “Long Flights” dan “Dark Clouds”. Melalui pre-chorus yang indah, bridges yang mengejutkan, Raider mereka dari Royal Dive secara khususnya telah menunjukkan sokongan dan perhatian terhadap kerja Taeyong sebagai kedua-dua, Idol dan Artis. Menggunakan pengalamannya dengan muzik, dia dapat mencipta sebuah lagu yang boleh menunjukkan kekuatan sesiapa sahaja yang bekerja sama dengannya.
Seorang yang Berwawasan
Perjalanan muzikal Taeyong menunjukkan kemampuan kreatifnya yang bukan hanya genius dengan muzik tetapi seorang yang berwawasan. Sejak awal kerjayanya, dia mengambil bahagian dalam menulis liriknya sendiri dan juga mengambil bahagian dalam muzik NCT. Walaupun dia bekerja dengan para produser dan kreatif dalam lagu-lagu kumpulannya, inputnya dihargai. “GTA 1” dan “GTA 2”. Lagu yang memberi penghormatan kepada permainan Grand Theft Auto. Lagu-lagu tersebut menceritakan kisah pengejaran dan jenayah yang mendebarkan. Dari pengeluaran yang mendebarkan sehingga ad-libs pintar sepanjang lagu-lagu tersebut, ada seni yang dihasilkan. Taeyong malah berhasil untuk memasukkan kesan bunyi (sound effect) ikonik “Wasted” di dalam “GTA 1” untuk menambah kepada penceritaan.
View this post on Instagram
Adakah anda sudah mendengar “Dark Clouds”? Lihat recap lagu-lagu panas Taeyong yang lain!