Written by Veronica Espinal | @minionyuta_
Translated by Yuni | @SUNFLWRSY_
Dengan penampilan atas pentas mereka yang kuat dan sengit, para anggota NCT telah membuat para penonton Anugerah Musik Asia Mnet (MAMA) kagum. Ramai yang menggunakan Twitter untuk menyatakan reaksi mereka terhadap visual, persembahan dan vokal kumpulan lelaki 23 orang itu
YUTA : SIAPAKAH LELAKI CANTIK YANG BERCAKAP BAHASA JEPUN?.
Ahli-ahli NCT semua berkumpul bersama untuk menerima anugerah bagi Kumpulan Lelaki Kegemaran, ucapan penerimaan mereka diberikan dalam lima bahasa – bahasa Korea, bahasa Inggeris, bahasa Mandarin, bahasa Thai dan bahasa Jepun. Ahli berbangsa Jepun Yuta meninggalkan ramai peminat K-Pop tertanya-tanya siapakah lelaki cantik yang boleh berbahasa Jepun itu.
LUCAS : SIAPAKAH LELAKI BERAMBUT MERAH YANG MENGENYIT MATA?
Lucas mungkin telah memenangi anugerahnya sendiri semasa MAMA – Lelaki Berambut Merah yang Mengenyit Mata – menurut satu tweet sebagai respon kepada detik menawan Lucas mengenyitkan matanya.
TAEYONG : PELAKU HEBAT
Mungkin salah satu daripada kemuncak persembahan pentas NCT adalah semasa detik VCR mereka, dimana ketua NCT, Taeyong meninggalkan NCTzens dan peminat-peminat K-Pop yang lain dengan kagum setelah dia muncul di bahagian tengah pentas.
TAEIL, HAECHAN DAN DOYOUNG : VOKAL LUAR BIASA
Dikenali sebagai tiga vokalis utama NCT, Taeil, Haechan dan Doyoung, nada tinggi semasa pentas “From Home” meninggalkan ramai orang kagum akan kehebatan vokal mereka. NCTzens dengan bangganya mengucapkan tahniah kepada para vokalis atas persembahan mereka yang luar biasa.
Peminat kumpulan ini bukan satu-satunya yang terpesona oleh pentas NCT U, kerana peminat kumpulan lain juga ingin tahu siapakah nama para penyanyi luar biasa ini, dan jika ada satu perkara yang NCTzens bagus tentang, ianya adalah mempromosikan kumpulan kesayangan mereka kepada dunia.