Konsep takdir dan manifestasi sering rumit; ia tidak dapat diramalkan, sentiasa berubah, dan kadangkala di luar kawalan kita. Tetapi bagi Big Matthew, BM dari KARD, takdirnya berlama-lama di tepi jalan sehingga waktunya tepat ㅡ dia cuma belum mengetahuinya lagi. Kini pada tahun 2021, dia yang berumur 28 tahun itu menerima sepenuhnya dan menyedari takdirnya dengan single triple digital pertamanya, The First Statement. EnVi duduk bersama Raja yang berubah kepada penyanyi solo menerusi Zoom untuk membincangkan tentang impiannya, perjuangan dalaman, dan kekal fokus.
13IVI : Ramalan Seorang Raja
Pada hari Jumaat, 2 Julai, BM mengeluarkan single utama dari albumnya yang berjudul “13IVI.” Dalam liriknya, dia menyatakan hasrat dan tujuannya untuk terus bekerja keras, tidak kira sama ada orang menyukainya atau tidak. Nombor 13 merujuk kepada tahun 2013, tahun dimana BM mula mempunyai bayangan dan mimpi tentang dirinya pada masa hadapan sebagai Raja. Perjalanan tersebut bukanlah perjalanan yang lancar, namun artis kelahiran LA itu segera mengetahui bahawa mencapai puncak memerlukan kesabaran yang tinggi dan ketahanan.
“Kembali ke tahun 2013, ketika itulah saya benar-benar mulai mendorong diri saya untuk menjadi seorang artis persembahan, dan menganggap ini sebagai apa yang saya akan lakukan sepanjang hayat saya,” BM berkata. “Satu hari, saya mempunyai mimpi, dan ianya sangat jelas, lucid dream.” Dia duduk di sofa hitam dengan rambut barunya yang berwarna perang, kemeja sutera (mewah) berwarna gelap, dan rantai salib emas ketika dia mula menceritakan kisah yang tenang itu.
Dalam mimpi BM, dia mati dan tiba-tiba terdengar suara yang menyuruhnya untuk mencari buku Daniel di dalam kitab Bible, Bab 2. Dia menangis dan bangun dalam keadaan berpeluh sejuk, dapat difahami bagaimana menggigilnya dia disebabkan betapa nyatanya mimpi tersebut dirasakan. “Saya ingat siapa yang saya rasakan dan berfikir bahawa Tuhan berada dalam mimpi saya, menyuruh saya untuk melihat di dalam kitab Bible, dan menganggapnya sangat rawak.” Tetapi, daripada mengabaikan pesanan tersebut, rasa ingin tahunya meningkat sehingga dia akhirnya melihat ayat tersebut di dalam kitab Bible. Ayat yang dia maksudkan disebut “Mimpi Raja Nebuchadnezzar,”
“Saya tidak tahu apa maksudnya,” BM mengaku. “Jadi, saya bertanya kepada seorang rakan yang sedikit lebih utuh daripada saya dan mempunyai kepercayaan yang kuat.” Apabila dia menyahkodkan ayat tersebut untuknya, dia menjawab dengan, “Saya rasa Tuhan akan menjadikan anda raja sesuatu, di suatu tempat.” Pada masa itu, keraguan dan kerisauan BM tentang masa depannya tidak membolehkannya untuk melihat gambaran yang lebih besar sehinggalah tiga tahun kemudian.
Setelah mimpi itu lama dilupakan, BM mengalami banyak kesukaran sebagai seorang trainee sebelum akhirnya melakukan debut bersama anggota Somin, J.Seph, dan Jiwoo. Sebaik sahaja syarikat mereka, DSP Media, memberinya rumusan tentang konsep keseluruhan KARD (setia anggota mewakili kad permainan) dia secara semulajadinya bertanya apa kadnya. Dan dengan akhir yang puitis, atau permulaan baharu, mereka membalas, “Kamu adalah kad Raja.”
Rasa Hancur & Memperkasa Orang Lain
Sepanjang kerjaya BM, dia selalu bersuara tentang isu-isu yang sesuai dengan nilai-nilai utamanya, seperti perkauman, kesedaran kanser payudara, dan kesihatan mental. Semasa debutnya di Clubhouse, rapper dan penyanyi itu mendedahkan bahawa single debutnya, “Broken Me,” ditulis dari tempat gelap dalam hidupnya. “Saya sangat tertekan dan mengalami begitu banyak kegelisahan semasa menjadi trainee,” dia memberitahu EnVi. Kemudian dia ketawa dan berkata, “Saya bakal merakam keseluruhan drama [Korea] dengan diri saya sendiri, hanya duduk di atas lantai bersama sebotol soju!”
Bagaimana BM membenarkan dirinya untuk mencari humor di dalam kisahnya bercakap untuk wataknya. Artis 6’1” itu melepasi hampir semua orang tetapi masih pantas untuk mencurahkan semua emosinya dan menangis ketika diperlukan. Kini dia telah berjaya sampai ke seberang, artis itu membayarnya dengan cara yang tulus dan rendah diri. “Ramai orang bermain-main dengan versi bahasa Inggeris [“Broken Me”] sedikit banyak, sebenarnya,” kata BM. Walaupun lirik bahasa Inggerisnya membincangkan tentang penderitaan dan perjuangan dalamannya, rakan Korea itu memohon maaf kerana menyebabkan kesakitan orang lain.
“Saya rasa lirik bahasa Inggeris jauh lebih mudah untuk didengar,” BM berkata. “Semasa anda melaluinya, anda merasa tidak berdaya, seperti anda tidak penting.” Tetapi pada akhirnya, dia mengubat perasaan tidak berdaya tersebut dengan kesabaran, cinta, dan kebaikan terhadap dirinya sendiri. “Saya mendapat banyak mesej dan DM daripada para peminat yang meminta nasihat, dan banyak kali, muzik saya berasal daripada jawapan yang ingin saya berikan kepada mereka.”
BM sangat percaya bahawa berkongsi rasa sakit dengan orang lain adalah langkah besar dalam proses penyembuhan, dan ia ditunjukkan dengan cara dia memperlakukan peminat-peminatnya. Terdapat tahap rasa hormat dan kepercayaan bersama di mana dia dengan selesanya membuka dan berkongsi perasaannya dan juga sebaliknya. “Dulu saya menganggap bahawa tetap menjadi positif adalah perkara terbaik yang harus dilakukan, namun saya sedar, apabila anda tidak boleh, jangan,” nasihatnya. “Laluinya, rasakannya, tetapi pada akhirnya, pastikan tidak ada satu pun bahagiannya yang tertinggal lagi.”
Sebuah kenyataan kuat yang dibuat oleh seseorang yang telah melihat tahap rendah yang terendah dan kini mengalami kenaikan yang luar biasa. “Satu-satunya bahagian yang akan tinggal adalah yang mengingatkan anda bahawa anda mengatasinya dan boleh melakukannya lagi.”
Body Movin: Kekal Cergas & Menggoda
Selain daripada kemahiran menari dan aliran rapnya yang luar biasa, BM juga membuat pusingannya di media sosial untuk positif badan dan kecergasan. Apabila mereka memanggilnya Big Matthew, itu bukan gurauan ー ototnya sahaja sudah cukup untuk menakutkan penonton-penonton yang suci di gim. Dari Instagram ke TikTok, BM telah menjadi viral berkali-kali dengan meregangkan badannya atau (dengan kelakar) menunjukkan kesensualannya. Oleh itu, ianya tidak menghairankan apabila mengetahui dia mempunyai house banger seksi yang digelar “Body Movin” dalam album itu.
Dengan lirik yang berbunyi, “cium saya, sentuh saya, jilat saya, gigit saya,” lagu tersebut menjadi makin panas dengan sangat pantas. “Ianya agak boleh dijelaskan dengan diri sendiri dalam liriknya,” dia berkata dengan senyuman malu. “Saya meletakkan sedikit sos Rated-19 di dalamnya.” Oleh kerana BM telah memperluas kandungan liriknya di dalam ulasan albumnya, dia muncul dengan senario bagaimana dia akan menarik perhatian seorang gadis di sebuah pesta. “Oh, saya berada di dalam atmosferanya, dan saya akan memberitahunya saya berada di dalam atmosferanya.” Daripada keyakinan yang mencurah daripada jawapannya, ianya selamat untuk menganggap bahawa dia telah berasa disana sebelumnya.
Menurut BM, kunci untuk mengukur minat orang lain adalah melalui bahasa badan dan kontak mata. “Saya akan menikmati diri saya sendiri dan apa sahaja yang saya minum, tetapi jika kita mengunci mata, saya akan memberitahunya bahawa saya merasakannya,” dia ketawa. “Dari situ, dia akan tahu dari komunikasi bukan lisan… tetapi dengan hormat.”
Ianya keperibadian jujur itu yang menarik peminat dan malah pendengar santai kepadanya ー kualiti yang jarang anda lihat adalah apa yang anda dapat, dan ia biasanya melibatkan humor. Ketika BM memulakan kecergasan berubah kepada gerakan kesedaran barah bersama “Big Tiddie Committee,” para peminat ingin mengetahui bintang K-pop lelaki mana yang sesuai. “Saya akan mencalonkan Bang Chan [dari Stray Kids] untuk berada di bahagian kulit hadapan untuk Men’s Health,” dia berkata dengan wajah yang penuh kejutan. “Tubuhnya gila; dia semakin besar.”
Ironinya, BM dengan hormatnya menghias bahagian kulit hadapan untuk Men’s Health pada tahun 2019 dan berharap untuk mendapat kulit hadapan yang kedua pada masa hadapan. Dia dengan berguraunya berkata (di Clubhouse) bahawa dia makan lebih dari 4,000 dada ayam sebagai sebahagian daripada dietnya. Tetapi setelah melakukan matematik, jumlah sebenar menjadi 480 ー masih jumlah dada ayam yang banyak. “Dua minggu pertama adalah neraka, dan kemudian anda terbiasa dengannya,” BM berkata. “Tetapi anda mula melihat perubahan dalam banda anda; itulah hasilnya.”
Get Real, Kemungkinan Kolaborasi, & Perjumpaan Semula (Reunion) KARD
Pada 8 Julai, BM mengakhirkan musim pertama untuk podcastnya yang berjudul Get Real di DIVE Studios ー sebuah rancangan yang membincangkan tentang semua aspek kehidupan, cinta, dan kedewasaan. Rakan-rakan dan hos-hos pembantunya, Ashley dari Ladies Code dan Peniel dari BTOB, menyertai BM untuk 54 episod dan berbual dengan beberapa tetamu istimewa. “Saya ingat bagaimana perasaan saya pada episod pertama,” ujar BM. “Saya sangat gementar dan tidak tahu jika saya boleh melakukannya dengan baik… pada mulanya ia hanya terasa seperti perkara berdasarkan kerja, tetapi kemudian terasa seperti keluarga.”
Menunjukkan sisi hatinya yang bersungguh-sungguh itu lagi, BN menyatakan bahawa episod kegemarannya ialah “Loving Our Style & Our Haters” dengan artis sogumm. “Itu satu yang saya akan beritahu orang untuk pergi kepada apabila mereka merasa sedar diri,” dia menerangkan. “Gadis itu mempunyai jiwa yang hebat; saya terpesona untuk sepanjang waktu.” Untuk musim kedua, belum ada rancangan yang ditetapkan lagi, dengan ketiga-tiga hos mengambil rehat untuk meneruskan projek-projek lain.
Memandangkan BM fokus kepada muzik solonya untuk sementara waktu, dia terbuka untuk beberapa kolaborasi di seluruh bidang K-pop. SQUAR, seorang penulis lagu yang bekerja atas “13IVI,” mempunyai beberapa kredit di bawah album-album NCT dan keluaran SoundCloud. “Saya amat menyukai Taeyong ー dia mempunyai swag,” BM berkata. “Saya telah meluangkan masa dengan Johnny beberapa kali, dan saya pernah mendengar bahawa Mark adalah seorang pekerja keras, dan itu adalah ciri yang saya sangat, sangat dihormati dalam seorang lelaki.”
BM juga terus memuji betapa positif dan tenangnya Mark walaupun pada hari-hari paling sibuknya. “Ia akan jadi sangat hebat untuk bekerja dengannya, rasa hormat yang besar.” Tetapi dalam semua kolaborasi yang peminat akan suka mendengarnya, pasukan impian akan sentiasa bersama KARD. “Saya rasa seperti ramai orang yang menantikannya,” merujuk kepada kepulangan J.Seph daripada ketenteraan Korea. “Ia selalu menjadi lebih kuat dengan kami berempat daripada dengan solo atau duo, jadi kami segera bersiap untuk itu.”
Menjadi Kuat, Tetapi Menjadi Lembut
Melalui cubaan dan kesusahan perjalanan BM, moral ceritanya adalah: ianya tidak mengapa untuk terjatuh, selagi anda membangunkan diri anda selepas itu. Memulakan debutnya pada usia 25 tahun bukanlah rancangan yang ada di dalam fikirannya, tetapi ia berhasil untuknya kerana dia tetap berdaya tahan dan baik hati. “Apabila anda berada di atas, nikmatinya dan anggap ia sebagai berkat yang besar, dan apabila anda berada di bawah, ketahuilah bahawa anda akan berada di atas kembali.”
The First Statement kini boleh didapati di Spotify dan Apple Music.
Untuk lebih banyak lagi kandungan BM, lihat liputan “Broken Me” oleh EnVi di sini!