Pada pertengahan bulan Mac, rasa ingin tahu memakan peminat-peminat K-pop setelah sebuah teaser misteri dari kumpulan super baharu yang digelar “Omega X” dikeluarkan di media sosial, memaparkan bayangan 11 idola K-pop yang tidak asing lagi. Tidak lama setelah teaser awal tersebut, berita muncul bahawa kumpulan K-pop “kelas Avengers” tersebut mempunyai anggota daripada kumpulan yang sudah ada dan dari acara survival. Spekulasi berleluasa, tetapi peminat tidak mendapat klu berkenaan tentang barisan anggota sehingga gambar teaser baharu muncul, mempunyai pesanan ringkas dan angka-angka roman yang kemudian diketahui oleh peminat bahawa ianya mewakili tarikh lahir anggota-anggota tersebut.
Bergerak maju ke 26 Mac, dan barisan anggota kumpulan K-pop lelaki tersebut didedahkan. Sekarang sudah bulan Jun, dan EnVi berkesempatan untuk menemu ramah Omega X dan membincangkan tentang debut mereka dengan Vamos.
Jadi, Siapakah Omega X?
Omega X adalah semua anggota daripada kumpulan-kumpulan yang telah dibubarkan dan tidak aktif: Jaehan daripada SPECTRUM, Hwichan daripada Limitless, Sebin daripada SNUPER, Hangyeom daripada Seven O’Clock, Taedong daripada GIDONGDAE, Xen dan Jehyun daripada 1TEAM, Kevin, Hyuk dan Junghoon daripada ENOi, serta Yechan daripada 1THE9. Beberapa daripada anggota juga bekas peserta dalam acara-acara survival yang popular termasuklah MIXNINE, Produce 101 Season 2, dan Under 19. Sebahagian daripada kebaharuan Omega X adalah barisan anggota yang elektikㅡkumpulan idola-idola K-pop yang bersemangat yang bersatu untuk satu lagi cubaan dalam mengejar impian yang sama.
Taedong meluahkan kesungguhannya untuk kembali lagi ke atas pentas, menyatakan, “Saya sangat menantikan semua detik-detik menari dan menyanyi di atas pentas bersama para anggota.”
Kesemua anggota Omega X mempunyai latihan dan pengalaman unik yang mereka bawa ke pasukan mereka daripada debut lepas mereka. Kemungkinannya tidak terbatas, seperti namanya. Nama Omega X terdiri daripada dua bahagian: Omega, huruf terakhir daripada abjad bahasa Yunani (Greek), dan X, pembolehubah universal. Bersama, keseluruhan nama Omega X melambangkan pertumbuhan dan potensi yang mereka miliki sebagai satu unit.
Dari orang asing ke rakan sepasukan, Omega X berkongsi kepada satu sama lain di dalam rancangan realiti YouTube terbaru mereka, Loading – One More Chanx. Rancangan tersebut mendokumentasikan proses mereka saling menyesuaikan diri, membuat set kemahiran mereka sebagai idola, dan benar-benar menemui diri mereka sendiri. Pada awalnya, para anggota mengalami ketidaktentuan untuk memilih bilik mereka dan melempar pepijat palsu kepada satu sama lain untuk meredakan suasana janggal, tetapi pada akhir rancangan, Omega X menangis bersama setelah membaca surat yang mereka tulis untuk satu sama lain; perjalanan mereka terbukti.
“Setiap anggota mempunyai keperibadian yang berbeza dan mereka semua menawan dengan cara yang berbeza, jadi ianya seronok untuk mengenali mereka dan saya sememangnya berasa bahawa kami saling melengkapi sebagai sebuah kumpulan, yang terasa seimbang,” Hyuk memberitahu EnVi Media apabila ditanya mengenai rakan sepasukannya.
Memberi Kembali Kepada Para Peminat
Sementara sebahagian besar K-pop bergantung kepada muzik, satu lagi motivasi buat Omega X adalah penyokong-penyokong mereka. Omega X tidak pernah lupa untuk menunjukkan penghargaan mereka kepada peminat mereka.
Selain mengeluarkan muzik, Omega X menyediakan kandungan untuk para peminat di media sosial, termasuk laman Twitter dan TikTok yang dikendalikan oleh anggota mereka dimana mereka memuat naik sejumlah besar selfie dan mengambil bahagian di dalam trend TikTok.
Sebahagian daripada semangat mereka untuk kehidupan idola datang daripada peminat mereka. Omega X terus mengatasi halangan untuk orang-orang yang menyokong mereka. Pada saat mereka menangis semasa rancangan realiti mereka, anggota sulung, Jaehan, memberitahu bahawa harta karunnya adalah semua orang yang mendengarkan muziknya. Dia menceritakan surat emosional yang dia terima daripada seorang peminat yang menulis bahawa mereka mendengar muziknya semasa mereka rasa mereka ingin berputus asa dengan hidup. Hangyeom yang sudah bermata merah membalas dengan menyatakan bahawa peminat benar-benar oksigen merekaㅡalat pernafasan untuknya ketika dia merasa sukar.
“Saya ingin peminat mendapat tenaga positif dengan mendengar muzik Omega X. Saya ingin mereka merasakan emosi sebenar mereka dan merasa hidup,” Jaehan memberitahu EnVi.
Omega X adalah peluang kedua mereka untuk mencipta muzik untuk peminat-peminat mereka dan juga mereka sendiri. Para anggota memperingati permulaan baru mereka dengan muzik yang mereka anggap merangkumi rasa terima kasih mereka kepada semua yang menyokong mereka dan masa depan mereka yang penuh harapan.
Membawa Pesta untuk Peminat dengan Vamos
Omega X menyambut para peminat dengan muzik positif seperti yang dijanjikan. Debut mereka adalah lagu pesta: lagu hip hop yang dipengaruhi daripada latin, “Vamos,” yang memperlihatkan rap kuat, vokal hebat, dan tarian yang tajam, serentak mereka.
“Kami 11 ahli amat gembira mengenai pengeluaran Vamos, permulaan baharu kami, dan bertemu peminat. Kami mencurahkan hati kami ke dalam album ini, dan sekarang kami sedia untuk berkongsi tenaga tersebut dengan peminat-peminat kami,” kata Jaehan.
Termasuk lagu utama, album mini itu mempunyai jumlah lima buah lagu yang unik untuk Omega X. Di antara lagu-lagu tersebut adalah sebuah lagu yang berjudul sendiri, “Omega X,” sebuah lagu untuk peminat, “Younger,” dan sebuah lagu yang dinamakan setelah sorakan kumpulan mereka, “OX Win Ha!” Menurut Kevin, lagu-lagu tersebut sesuai dengan kumpulan itu dan mewakili pesona anggota yang pelbagai jenis.
Apabila ditanya tentang lagu-lagu kegemaran mereka, anggota Jehyun memilih “Vamos” dan Xen memilih “Omega X,” yang mereka rasa akan membantu mengeluarkan nama mereka.
Walaupun para anggota mungkin tidak menghabiskan bertahun-tahun berlatih bersama atau menjalin persahabatan akrab seperti kebanyakan kumpulan K-pop tradisional, Omega X boleh berkait dengan kehausan mereka bersama untuk pentas dan keinginan mereka untuk membuat persembahan. Ini menjadikan Omega X sama menawannya dengan kumpulan K-pop tradisional kerana ia membenarkan peminat untuk melihat sekilas persahabatan mereka yang berkembang dan persahabatan yang saling mempercayai dengan banyak menghabiskan masa bersama sepanjang dalam kandungan mereka. Bukan sahaja para peminat mendapat muzik yang hebat, malah keseluruhan pengalaman K-pop dengan Omega X.
Omega X memulakan debut mereka pada 30 Jun. Pastikan anda mengikuti Omega X di Instagram, YouTube, dan Twitter untuk maklumat terkini!
Inginkan lebih lagi temu ramah eksklusif? Lihat temu ramah kami bersama Momoland disini!