Written by : Sarah Bathke | @randomfandomme
Translated by : Yuni | @SUNFLWRSY_
Disember 6, 2020 di Seoul, Korea Selatan menandakan Anugerah Muzik Mnet Asia (MAMA) ke-21, yang secara besarnya dianggap sebagai pertunjukan anugerah terbesar K-Pop. Pertunjukan anugerah tersebut mempunyai ramai idols yang hadir, dan diantara mereka 26 orang adalah idols daripada SM Entertainment. 23 orang kumpulan worldwide NCT, Taemin dari Shinee dan solois K-Pop lagenda BoA semuanya hadir dan menyampaikan persembahan yang luar biasa.
Taemin membuka pertunjukan tersebut dengan kompilasi persembahan memukau lagu-lagu solonya “Criminal”, “Heaven”, dan “IDEA:理想” ー keluaran terbarunya. Persembahan tersebut indah, menampilkan remix “IDEA:理想” dan pertunjukan menghentikan akhir dengan dia berdiri bersama dengan dia berdiri bersama dengan kereta api ungu yang dihiasi dengan naga tergantung dari siling. Malam itu dia kemudiannya diakui dengan Anugerah Persembahan Tarian Kegemaran, Anugerah Solois Lelaki untuk “Criminal”, single utama yang dikeluarkan pada bulan September untuk separuh pertama projek dua-albumnya, Never Gonna Dance Again.
Setelah Taemin membuka pertunjukan tersebut, artis-artis lain SM yang hadir membantu menutupnya, memenangi anugerah sepanjang malam juga.
NCT membawa pulang beberapa anugerah termasuklah Anugerah Kumpulan Lelaki Kegemaran dan Anugerah Top 10 Pilihan Peminat Antarabangsa. Pencapaian ini menunjukkan pertumbuhan luar biasa kedua-duanya NCT dan peminat mereka, NCTzens, telah menjalani. Dibawah subunits NCT, WayV juga membawa pulang Anugerah Artis Asia Kegemaran, sekali lagi menunjukkan kebolehan mereka untuk berhubung dengan penonton Asia yang datang dari pelbagai negara di seluruh Asia Timur. WayV merupakan satu-satunya artis SM yang hadir pada MAMA tahun lepas, membawa pulang Anugerah Artis Asia Baharu Terbaik.
Selain daripada memenangi beberapa anugerah, NCT membuat persembahan selama dua puluh tiga minit yang menampilkan persembahan oktan tinggi seperti “Turn Back Time”, “Ridin”, “Kick It” dan “Resonance” serta persembahan emosional yang mengeluarkan air mata dari versi yang telah disusun semula “From Home” ー lagu pelbagai bahasa dari album NCT 2020 Resonance.
Berikutan persembahan-persembahan luar biasa ini, senior mereka dan lagenda K-Pop, BoA, mempersembahkan lagu ikonik “No.1”, lagu keluaran terbaharunya “Better” dan lagunya “Only One” menampilkan Taemin sebagai penari untuk tarian berpasangan. Dia meraikan tahun kedua puluhnya sebagai seorang idol pada tahun ini, dan diberi penghormatan dengan Anugerah Pencapaian Terinspirasi dan persembahan cover dari artis-artis termasuklah (G)I-DLE dan Winter dari kumpulan perempuan baharu SM, æspa.
Satu artis SM yang tidak hadir tetapi tetap menerima Anugerah Artis Lelaki Terbaik adalah Byun Baekhyun, salah seorang daripada vokalis utama EXO dengan kerjaya solo yang sangat berjaya. Dia mendapat tahun yang sangat berjaya dengan keluaran “Candy” dan EP Delight-nya yang merupakan album pertama oleh artis solo di Korea yang menjual lebih satu juta album selama sembilan belas tahun. Kedua-dua bakatnya yang melimpah dan kejayaan yang menaik membawanya kepada kemenangannya, dan kita mungkin dapat mengharapkan persembahan daripadanya dan EXO secara keseluruhannya pada masa akan datang.
Kehadiran Taemin, BoA dan NCT di MAMA tahun ini sangat penting kerana tidak ada artis SM Entertainment yang menghadiri MAMA sejak 2017, tidak termasuk penampilan WayV pada MAMA 2019 tahun lalu. Dengan kejayaan besar dan persembahan-persembahan yang luar biasa, kita dapat berharap untuk melihat NCT dan rakan-rakan label mereka lagi di MAMA pada tahun-tahun akan datang dengan persembahan-persembahan menarik dan kejayaan yang lebih besar mendatang.
Semua gambar adalah milik Mnet