Disediakan oleh Team EnVi | @ncity_mag
Diterjemahkan oleh Aimi Atifah | @heocaroons

Advertisement

 

Daripada 5 ahli ke 23, NCT telah dilihat mengalami pertumbuhan pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan bukan sahaja dalam jumlah orang! Kami telah melihat mereka berkembang sebagai kedua-dua, artis dan pelakon. Bagi sebilangan ahli, kami malah telah melihat kematangan mereka sehingga dewasa! Hari ini, menandakan ulang tahun NCT yang kelima dengan lagu NCT U pertama “Without You” dan “The 7th Sense.” Untuk meraikannya, Team EnVi menyusun senarai beberapa persembahan NCT kegemaran kami!

Advertisement

 

SMRookies

“Hide & Freak” di Persembahan SMRookies di Bangkok Sebelum NCT dikenali dunia sebagai NCT, para ahli telah membina ikatan dan persahabatan sewaktu masa mereka sebagai trainees SM Rookie. Pada Februari 2016, pasukan itu mengadakan persembahan di Bangkok untuk fanbase Thailand mereka yang semakin meningkat dan mempersembahkan covers dan lagu-lagu asli. Satu persembahan, secara khususnya, menjadikan para peminat bersemangat di media sosial ketika video-video muncul di dalam talian. Ten, Johnny, Yuta, Jaehyun dan bekas trainee Hansol mempersembahkan tarian asli lagu Somo, “Hide and Freak,” dan keseksian di atas pentas terlalu panas untuk ditangani.

Advertisement

SMRookies mempersembahkan “Hide & Freak”

SMRookies “Open The Door” dan “Super Moon” – Taeyong meninggalkan para peminat dengan rahang mereka terbuka selepas melihat siaran langsung “Open the Door”. Dengan liriknya yang pantas dan bunyi yang unik, rapnya menunjukkan keyakinan dan bakatnya yang amat besar semua dalam sebuah lagu yang singkat. Selepas “Open the Door”, Johnny dan Jaehyun menyertainya di atas pentas untuk “Super Moon”, persembahan koreografi semata-mata. Pada asalnya, tarian tersebut menampilkan Hansol, tetapi dilihat dipersembahkan oleh Jaehyun di Shanghai.

 

Advertisement

NCT U
“Without You” – Kun, Taeil, Jaehyun, dan Doyoung berkumpul untuk mempersembahkan lagu NCT U di Anugerah Muzik Cina Terbaik. Empat orang itu menggegarkan persembahan tersebut dengan vokal stabil mereka, mengukukuhkan legasi mereka sebagai penyanyi SM.

“The 7th Sense” – Mark, Ten, Doyoung, Jaehyun dan Taeyong mempersembahkan lagu debut mereka di Anugerah Muzik Cina Terbaik setelah “Without You.” Mereka melakukan koreografi kuat itu dengan berkarisma. Winwin melakukan debut yang mengejutkan di atas pentas di pertengahan persembahan untuk menunjukkan kemampuan akrobatik dan tariannya yang unik semasa dance break. Lagu dan koreografi ini akan set the bar (menetapkan standard) untuk tahun-tahun yang akan datang.

Advertisement

NCT U mempersembahkan “Without You” + “The 7th Sense”

 

“Make A Wish” Encore di MCOUNTDOWN – NCT U mendapat beberapa kemenangan di rancangan muzik dengan lagu hit yang mengasyikkan, “Make A Wish.” Pentas ini bukan kemenangan mereka dengan unit ini, tetapi ia adalah encore pertama mereka! “From Home” unit menyertai mereka di atas pentas untuk perayaan mereka. Ia sangat menggembirakan untuk melihat kedua-dua unit menyanyi dan menari bersama dengan lagu itu dengan senyuman besar! Persembahan ini juga ketara bagi Jaehyun menyanyi beberapa lirik untuk versi Inggeris!

Advertisement

“From Home (Rearranged Ver.) di MAMA 2020 – Jika ada persembahan yang dapat menangkap keseluruhan perjalanan NCT, itu akan menjadi persembahan “From Home” mereka di MAMA 2020. Setiap vokalis NCT U mempamerkan vokal R&B kuat mereka dan penampilan atas pentas. Semasa klimaks lagu tersebut, gambar latar berubah menjadi rakaman sebenar karya semua ahli selama ini. Sebagai tambahan, anggota asing (foreign members) menyertai pentas tersebut untuk menyanyikan korus terakhir yang beremosi.

“I Wanna Be A Celeb” (Celeb FIve) Cover di Show! Music Core – Ini merupakan persembahan oleh Taeyong, Doyoung, Jungwoo, Johnny, Yuta dan Haechan pada Ogos 11, 2018. Di kalangan peminat, ini telah digambarkan sebagai debut NCT U secara tidak rasmi bagi tiga orang terakhir. NCT cover “I Wanna Be A Celeb” oleh Celeb Five, sebuah kumpulan perempuan Korea Selatan yang terdiri daripada lima pelawak. Selain daripada koreografi, ramai peminat terkesan dengan ekspresi wajah NCT sewaktu persembahan tersebut.

Advertisement

NCT U mempersembahkan “I Wanna Be A Celeb”

 

“Black On Black: di SBS Gayo Daejeon 2018 – Sebagai kemuncak projek kumpulan besar pertama dengan semua ahli terkini NCT pada masa itu, pentas akhir tahun yang besar ini dipenuhi dengan karisma. Kompilasi lagu-lagu NCT U, diakhiri dengan “Black On Black,” adalah paparan hebat untuk bakat dan kekuatan mereka. Struktur blok-blok yang menonjolkan setiap ahli menunjukkan bagaimana NCT tidak akan lengkap tanpa seorang ahli

Advertisement

Class + Misfit di Festival Lagu KBS – Dari berdiri di atas meja hingga melempar kerusi, NCT mempamerkan sisi memberontak mereka dengan persembahan “Misfit.” Taeyong dan Sungchan yang baru sahaja debut membuka persembahan tersebut dengan rap kuat sebelum ahli-ahli lain mempersembahkan lagu itu, semua bertindak seperti misfit (seorang yang kelakuannya lain daripada orang lain; tidak sesuai). Persembahan ini tidak dapat dilupakan bagi pakaian seragam sekolah yang dipakai oleh ahli.

 

NCT 127

“Regular” (menampilkan Mickey Mouse) – Persembahan ini boleh diperhatikan sebagai salah satu daripada kolaborasi yang paling tidak dijangka yang pernah dilakukan oleh NCT setakat ini. Walaupun begitu, terdapat daya tarikan yang tidak dapat dijelaskan dari persembahan yang disiarkan di ABC, persembahan “Regular” yang menampilkan Mickey Mouse. NCT – dan Mickey – tanpa henti mempamerkan kemahiran menari mereka di atas pentas untuk semua orang nikmati. Dipasangkan dengan vokal dan rap NCT yang kuat, persembahan ini kekal ikonik di dalam NCity.

Advertisement

“Cherry Bomb” dengan Kelajuan 1.5x – Pada Anugerah Budaya & Seni Hiburan Korea yang ke-24, NCT 127 ditetapkan untuk mempersembahkan single hit mereka “Cherry Bomb.” Apa yang mengejutkan bagi para ahli dan peminat adalah apabila berlaku masalah dengan audio yang menyebabkan lagu itu dimainkan dengan kelajuan 1.5x. Walaupun bingung pada mulanya, dengan beberapa ahli saling melihat antara satu sama lain dalam kebingungan, mereka menunjukkan profesionalisme yang sebenar dengan menari seluruh lagu tersebut dengan sempurna. NCTzens di dalam khalayak ramai bahkan dengan panik fan-chant dalam kelajuan 1.5x membuatkan pentas tersebut yang tidak dapat dilupakan dan lucu.

NCT 127 mempersembahkan “Cherry Bomb” dalam kelajuan 1.5x

Advertisement

 

“Touch” – Versi Comel – NCT 127 menaikkan lagu ceria ini dengan persembahan secara langsung yang manis di Inkigayo. Dengan pakaian dan aksesori yang diselaraskan, kumpulan tersebut menyinari pentas dengan koreografi ceria dan senyuman mereka. Sebagai tambahan, Taeyong mengenakan ponytail seperti pucuk tumbuhan yang mendorong kepada interaksi yang menyeronokkan apabila Mark bermain dengan rambutnya.

“Baby Don’t Like It” di Neo City Tour – NCT 127 membawa seni persembahan ke tahap yang baharu, menentang ruang dan dimensi di dalam persembahan yang tidak dapat dilupakan ini. Mereka mempersembahkan lagu ini di Neo City World Tour pada tahun 2019, dimana mereka menari di dalam set yang terperinci dengan gim hutan. Para ahli menggelongsor serta berpusing melalui palang dan ruang sepanjang persembahan yang menggoda itu. Dengan lagu ini ditulis oleh Mark dan Taeyong, kumpulan tersebut mempamerkan kemampuan menyanyi, rap dan persembahan seksi.

Advertisement

“Undur 7th Sense” di MAMA 2016 – NCT 127 membuat putaran mereka di lagu debut NCT U “The 7th Sense” di pertunjukan MAMA permulaan mereka, dan pelaksanaan untuk menari koreografi yang sukar secara mengundur dengan ketepatan pada umur yang muda menunjukkan betapa hebatnya mereka.

“Whiplash” di KCON 2018 di NY – NCT mempunyai kemampuan untuk tidak mempersembahkan beberapa lagu sampingan mereka (b-sides) yang para peminat sangat menantikan pentas secara langsung untuknya. Setelah “Cherry Bomb” oleh NCT 127 dikeluarkan, NCTzens telah sebulat suara menambahkan “Whiplash” ke dalam senarai yang terus berkembang, terutamanya dengan lirik yang agak menjurus. Dengan itu, anda boleh membayangkan bagaimana semua orang terkejut apabila Taeyong, Mark dan Jaehyun mempersembahkan lagu tersebut semasa KCON 2018 di New York.

Kemenangan Pertunjukan Muzik Pertama NCT 127 – “Cherry Bomb” merupakan lagu yang penting di dalam kerjaya NCT 127 dan kedua-dua para peminat dan ahli sangat gembira ketika mereka merangkul anugerah pertujukan muzik pertama mereka di MCOUNTDOWN. Keterujaan mereka jelas kelihatan di pentas encore mereka ketika mereka berlari di sekitar pentas dan melambai kepada para peminat, dan terus menunduk tanda syukur. Taeyong sangat emosional sehingga dia  terlihat menitiskan air mata ketika mereka mempersembahkan gerakan tarian split kaki ikonik mereka.  

Advertisement

Kemenangan Acara Muzik Pertama NCT 127

 

Advertisement

“Simon Says” di Puff Idol – NCT 127 mengambil bahagian dalam sebuah video untuk Puff Idol bagi mempromosikan “Simon Says” pada tahun 2018. Di dalam satu bahagian di dalam video tersebut, mereka perlu menari “Simon Says” dengan sempurna tanpa memberi reaksi, tetapi mereka tidak tahu bahawa ada bunyi seruling yang boleh dipersoalkan akan bermain. Mereka kelihatan santai dan bersenang-lenang, kerana mereka selalu memberikan tenaga untuk persembahan mereka dan yang ini tidak terkecuali.

 

NCT Dream

Praktis Tarian “My First and Last” oleh 7Dream – Dalam pentas yang sangat diminta oleh para peminat, NCT Dream mempersembahkan “My First and Last” dengan semua 7 orang ahli untuk Konsert Dream Show mereka. Jaemin sebelum ini telah dikecualikan daripada comeback itu kerana dia perlu mengambil cuti disebabkan oleh kecederaan. Melihat pentas itu penuh dengan semua ahli pada akhirnya pada lagu yang mendapatkan mereka kemenangan pertunjukan muzik yang pertama benar-benar menyayat hati.

Advertisement

NCT Dream mempersembahkan “My First and Last” sebagai 7

 

Advertisement

“Best Friend” di THE DREAM SHOW – Pernah terfikir apa yang orang lain lihat apabila anda bersama kawan baik anda? Anda tidak perlu selepas melihat NCT DREAM mempersembahkan “Best Friend.” Chenle bermain piano, mengatur suasana yang sangat ceria sementara lima ahli yang lain bergurau dengan menirunya. Sewaktu Chenle bergabung dengan yang lain di bangku, mereka semua menyanyikan lagu manis yang menyegarkan itu dengan gerakan yang menyenangkan.

“Chewing Gum” Versi Hoverboard – Dengan gabungan koreografi asli dan gerakan hoverboard yang rapi, NCT Dream menunjukkan potensi sebenar mereka dengan persembahan “Chewing Gum” di atas hoverboard. Lagu debut mereka merupakan lagu yang menyeronokkan yang menonjolkan masa muda mereka. Ditambahkan dengan hoverboard? Tidak ada lebih Gen Z daripada itu.

Kemenangan Pertunjukan Muzik yang Pertama – NCT Dream menjadi unit pertama NCT yang meraih kemenangan pertunjukan muzik di The Show SBS dengan single optimis mereka, “My First and Last.” Para ahli terkejut dan gembira – dengan beberapa bahkan menitiskan air mata – semasa pentas tahniah encore mereka. Fakta bahawa mereka hanya telah debut enam bulan yang lalu benar-benar satu hasil yang mengagumkan bagi kumpulan tersebut. Ianya adalah saat dimana para peminat dapat melihat kembali dengan bangga dengan seberapa banyak mereka telah membesar sejak itu.

Advertisement

Kemenangan Pertunjukan Muzik Pertama NCT Dream

 

Advertisement

“Trigger The Fever” di Piala Dunia FIFA U-20 Korea 2017 – Tenaga muda dan harapan optimis NCT Dream untuk masa depan menghasilkan mereka gelaran duta kehormat untuk Piala Dunia FIFA U-20 2017, yang dihoskan di Korea Selatan. Sebagai duta, kumpulan ini mengeluarkan “Trigger The Fever”, lagu rasmi untuk Piala Dunia tahun itu. Lirik motivasi laguu itu dipasangkan dengan koreografi yang bertenaga NCT Dream membuatkan persembahan upacara pembukaan mereka tidak dapat dilupakan dan memberi inspirasi.

Dream di Anugerah Muzik Carta Gaon 2019 – Renjun, Jeno, Jaemin, Chenle, dan Jisung memberikan yang terbaik untuk persembahan “Stronger” dan “Boom” ini. Jisung memulakannya dengan tarian solo yang kuat, diikuti dengan tarian trio bersama Jaemin dan Jeno. Chenle dan Renjun bergabung dengan pentas dimana duo tersebut menari dengan baik! Kumpulan itu bersatu untuk memberikan pentas yang hebat di acara anugerah tersebut.

 

Advertisement

WayV

Pertunjukan Secara Langsung WayV daripada Dream Plan – Sepanjang siri ini, para peminat dapat melihat ahli-ahli WayV dalam pelbagai keadaan dari mengejar kambing hingga berlakon. Setelah menyelesaikan pelbagai tugas ini, kumpulan tersebut dapat membuat persembahan buat pertama kalinya sebagai sebuah kumpulan. Pada saat-saat yang menggembirakan ini, semangat dan dedikasi mereka sebagai artis ditunjukkan.

WayV di MAMA 2019 – Menghadiri pertunjukan anugerah bersama buat pertama kalinya, WayV memberikan pentas yang kuat untuk penonton. Mempamerkan kebolehan mereka yang berbeza, mereka mempersembahkan “Moonwalk” dan “Take Off” dengan pengenalan istimewa dan dance break khas untuk acara tersebut. Kumpulan itu juga memenangi Anugerah Artis Asia Baru Terbaik, menjadikannya sebagai malam yang tidak dapat dilupakan.

Advertisement

WayV membuat persembahan di MAMA 2019

 

“King of Hearts” di WayV : Beyond The Vision – Lucas, Winwin, Yangyang dan Hendery mempersembahkan lagu ini semasa konsert dalam talian mereka pada tahun 2020. Mereka dengan seronoknya bergerak daripada kawasan belakang pentas ke atas pentas dengan kamera, dimana mereka semua bersatu. Unit WayV ini sangat menonjolkan kemampuan barisan rappers sebagai artis.

Advertisement

Pentas TikTok VOICE ON WayV – Selain daripada persembahan luar biasa dan cabaran Emoji yang comel, WayV mengejutkan peminat mereka dengan pakaian yang mendedahkan. Reaksi tidak berhenti muncul setelah persembahan pertama, “Bad Alive,” ketika kedua-dua Ten dan Yangyang membuka butang baju mereka.

Persembahan “Turn Back Time” oleh WayV di MAMA 2020 – Salah satu daripada persembahan “Turn Back Time” yang sangat diingati, WayV mengejutkan para peminat dengan pentas “Turn Back Time” mereka di MAMA. Dilengkapi dengan latar hujan, para ahli basah daripada hujan sambil melakukan persembahan mereka dengan sempurna.

Persembahan “Kick Back” 2021 Secara Dalam Talian – WayV memulakan comeback Kick Back mereka dengan persembahan dalam talian mempersembahkan lagu-lagu dari EP tersebut termasuklah “All For Love,” “Action Figure,” dan “Kick Back.” Persembahan mereka juga termasuk kegemaran peminat seperti “Bad Alive” dan “Nectar.” Ianya adalah persembahan yang hebat yang terasa seperti konsert mini dengan penyediaan pentas dan VCR!

Advertisement

WayV mempersembahkan “Kick Back” semasa persembahan secara dalam talian mereka

 

Advertisement

Persembahan “Let me love u” untuk Zhejiang STV – WayV mempersembahkan lagu akustik mereka “Let me love u” untuk Zhejiang TV di China. Para ahli melakukan gerakan yang comel dan menunjuk untuk memastikan setiap peminat di kalangan penonton berasa disayangi. Sisi sentimental dan menyeronokkan WayV sama hebatnya dengan pentas-pentas hebat mereka!

 

Persembahan Ahli NCT

“GTA 1” oleh Taeyong – Para peminat terkejut apabila Taeyong memutuskan untuk mempersembahkan lagu solo baharunya sewaktu tour pertama SuperM pada tahun 2019. “GTA 1” dipasangkan dengan koreografi yang luar biasa yang melengkapi liriknya, sekali lagi menunjukkan kreativiti dan bakatnya. Daripada permulaannya, dimana dia dilihat memakai topeng sebelum membukanya, hingga akhir di mana dia diseret daripada pentas oleh penari sanfaran, peminat tidak ditinggalkan dengan kekecewaan. Perbezaan antara “GTA 1” dan lagu solo pertamanya “Long Flight” menunjukkan betapa serba-bolehnya dia sebagai seorang artis. Persembahan ini mengingatkan kita bahawa Taeyong boleh melakukan apa-apa konsep dengan sempurna, dan akan sentiasa menambahkan magiknya kedalamnya.

Advertisement

Taeyong mempersembahkan “GTA”

 

Advertisement

Cover “7 Rings” oleh Yangyang – WayV sering bergurau tentang kebolehan menyanyi Yangyang, tetapi kita tidak pernah dapat melihatnya sehingga Yangyang menyiarkan cover pendek “7 Rings” oleh Ariana Grande. Yangyang menunjukkan kedua-dua nyanyian dan rapnya, dengan mudahnya menukar diantara keduanya. Kami memerlukan lebih banyak vokal dari Yangyang!

Cover “For Life” dari EXO oleh Xiaojun dalam bahasa Inggeris – Ianya bukan lagi rahsia yang NCT mengagumi dan menghormati senior-senior mereka di EXO, jadi apabila Xiaojun menyiarkan cover versi Inggeris “For Life,” yang dinyanyikan oleh EXO’s D.O sebelum ini, kedua-dua EXO-L dan WayZenNi kagum dengan penyampaian vokalnya yang lancar dan emosi yang murni. Kini D.O sudah kembali daripada perkhidmatan ketenteraannya, semoga duet di antara kedua penyanyi tersebut akan muncul secara semula jadi!

“Bad Smell” oleh Mark dan Dihasilkan oleh Johnny – Semasa musim panas tahun 2020, Johnny mengadakan DJ set pertamanya yang digelar Sunny Side Up dan ditemani oleh Mark sebagai lelaki gembar-gemburnya menari di samping. Pada akhir set Johnny, Mark mengambil mikrofon dan pentas tengah, lalu mempersembahkan lagu asalnya, “Bad Smell.” Rentak yang mampu buat orang lain ketagih dan lirik yang bagus, dihasilkan dan ditulis oleh Johnny dan Mark, cukup untuk membuat NCTzens berada di atas api dan sehingga ke hari ini, para peminat meminta bahagian kedua dari duo Sunny Side Up yang sangat menyeronokkan itu. Mark malah mempersembahkan “Bad Smell” secara langsung di Sketchbook, semasa promosi bersama SuperM.

Advertisement

“Bad Smell” oleh Mark, dihasilkan Johnny

 

Advertisement

“Asteroid” oleh IMLAY menampilkan Yangyang – Yangyang mengejutkan para peminat di serata dengan vokal luar biasanya pada lagu bersama IMLAY. Asteroid menjadi lagu yang disukai ramai, dan malah telah dipersembahkan secara langsung semasa Siaran Langsung SMTOWN : Konsert Budaya Kemanusiaan Dalam Talian – Yangyang benar-benar merupakan ace!

Cover “Hard Carry” oleh Shotaro – Shotaro membanggakan kebolehan menarinya yang kuat dan kehadiran pentasnya di dalam cover “Hard Carry” oleh GOT7 bersama Hyunjin dari Stray Kids, Juyeon dari The Boyz, dan Moonbin dari Astro! Bukan sahaja dia kelihatan bagus, tetapi dia menyanyi dengan baik, juga! Pada “bahagian membunuh” (killing part) persembahan tersebut, muzik berhenti seketika dan Shotaro dapat mengatakan baris ikonik “Hard Carry, hey,” sebelum kumpulan itu mula menari kembali.

“Bass Go Boom” oleh Lucas – Ini merupakan kali pertama para peminat dapat melihat persembahan solo Lucas secara siaran langsung, dan ianya sangat menyeronokkan seperti apa yang semua orang harapkan ia akan terjadi. Kesan latar belakang yang berwarna-warni di belakangnya tidak dapat dilupakan, serta senyumannya yang menyinari seluruh ruangan tersebut ketika dia menari  dengan muzik. Lagu itu sendiri menyeronokkan dan menawan (hanya seperti dia!), sesuatu yang semua orang boleh menari bersama. Anda dapat mengetahui berapa banyak dia menikmati dirinya sendiri di atas pentas menunjukkan bakatnya, dan kami harap yang dia dapat lakukannya lagi!

Advertisement

Lucas mempersembahkan Bass Go Boom

 

Advertisement

Cover “How Do You Sleep?” oleh Kun – Dengan vokalnya yang menawan dan seperti sutera, Kun menyampaikan sebuah cover indah lagu Sam Smith, “How Do You Sleep?” Di dalam video itu, ianya jelas bahawa dia merupakan artis bebas yang berbakat, memandangkan dia mempunyai penghargaan untuk persembahan piano, dan vokal latar. Dia juga merakam dan mencampurkan lagu itu sendiri. Cover itu juga disiarkan di akaun SoundCloud miliknya, dimana dia sering menghantar post untuk para peminat mendengarkan projeknya. Minatnya di dalam muzik sentiasa ditunjukkan di dalam persembahan-persembahannya, sama ada secara solo atau bersama dengan ahli lain. Kun senang untuk menunjukkan bakatnya dan kami suka untuk melihat dan sokong!

Cover “Falling” oleh Doyoung – Menenangkan jiwa kami dengan cover kejutan yang dimuat naik di saluran YouTube NCT, Doyoung menghadiahkan NCTzens sebuah cover yang menyayat hati dengan lagu Harry Styles,  “Falling.” Sebuah cover yang minimal yang dikurangkan ke bahagian penting menampilkan hanya Doyoung dan irama piano di belakang, dia mengagumkan kedua-dua NCTzens dan fandom K-pop yang lebih luas dengan vokal khas ibarat madunya dan emosi yang mentah. Menyilang jari untuk kembar hari jadi ini untuk berkolaborasi pada suatu hari!

Ten di Hit The Stage – Ten menayangkan fleksibiliti dan gerakan kuatnya di pertandingan survival menari Mnet, yang memasangkan idol K-pop dengan kumpulan tarian profesional. Persembahannya yang paling tidak dapat dilupakan adalah dengan konsep baju seragam itu, yang menperlihatkannya berperanan sebagai seorang konduktor. Dari kostumnya, koreografi dan juga pemilihan muziknya, Ten memukau penonton dengan sangat hebat dan akhirnya memenangi pertandingan tersebut, memperoleh ramai peminat dalam proses itu.

Advertisement

Ten di Hit The Stage 

 

Advertisement

Mahukan lebih banyak lagi kandungan NCT? Lihat artikel kami tentang kolaborasi terbaru Taeil disini!