Sejak debut mereka, kumpulan K-pop baharu Purple Kiss telah membuat gelombang atas talian. Video muzik debut mereka “Ponzona” duduk di jumlah tontonan sebanyak 21 juta di YouTube pada setakat bulan September 2021. Jieun, Goeun, Dosie, Ireh, Yuki, Chaein, dan Swan melakukan kemunculan semula (comeback) mereka yang pertama pada bulan ini dengan lagu utama “Zombie,” dan sedang dalam perjalanan mereka untuk menjadi bakat elit dalam industri tersebut. Walaupun begitu, mereka tetap mempunyai penampilan yang ramah, baik dan rendah diri tentang mereka. Purple Kiss duduk untuk temu ramah bersama EnVi menerusi Zoom mengenai penciptaan album mereka, nasihat untuk menjaga kesihatan mental, dan menunjukkan sisi mereka yang menyenangkan.
Twinkle: Perkembangan Kemunculan Semula (Comeback)
Purple Kiss memang sudah terlibat dalam perkembangan dan penciptaan muzik mereka sejak awal lagi. Untuk “Zombie,” konsepnya berbeza dengan kecerahan yang tidak akan dikaitkan dengan entiti yang mengerikan itu. “CEO [RBW Entertainment] juga adalah seorang komposer,” ahli-ahli berkata. “Apabila kami bertanya kepadanya mengapa dia memilih konsep tersebut, dia memberitahu kami ‘Ponzona’ adalah tentang membiarkan pesona dalaman kamu keluar ke dunia dan ‘Zombie,’ adalah tentang mencuba untuk memikat semua orang dengan pesona-pesona mereka.”
Dosie membuka dan berkongsi bagaimana proses penghasilan untuk Hide & Seek, keluaran kedua mereka sejak debut mereka pada bulan Mac 2021. “Walaupun konsep zombi sentiasa dikaitkan dengan genre seram, konsep untuk album ini lebih menyeronokkan, bunyi yang bagus. Ia mempunyai konsep remaja, dimana ianya hebat, menarik, comel dan memberi tenaga,” katanya.
Ketika Dosie terus menjawab, kecenderungannya untuk merujuk dirinya dalam sisi orang ketiga masuk ke dalam komennya dengan mudah. “Dari Chaein menulis dan menyusun sebuah lagu dalam album tersebut, kepada Dosie, Ireh dan Chaein terlibat dalam koreografi untuk salah satu lagu, beberapa anggota terlibat dalam pengembangan konsep dan penciptaan,” dia berkata.
Kerana para ahli begitu terlibat dalam hasil mereka, EnVi bertanya apa bahagian dalam menulis sebuah lagu yang paling mencabar. Yuki, Ireh dan Swan mengangguk tanda bersetuju ketika Chaein memberi jawapannya. “Ia tidak banyak tentang pembuatan, tetapi perubahan,” ujarnya. “Anda harus mengubah perkara-perkara yang tidak terdengar tepat atau menghasilkan idea-idea baharu selain daripada konsep asal.”
Goeun, Yuki dan Swan ketawa apabila teringat tentang adegan kegemaran mereka menjalani proses rakaman video muzik “Zombie.” “Bagi saya, dalam bahagian personal saya, terdapat adegan dimana Goeun dan Swan menarik belakang saya dan dalam maksud kata itu, ianya merupakan adegan yang sangat sukar,” Yuki berkata. “Ianya sangat sukar, tetapi ia keluar dengan sangat bagus, jadi saya sangat bahagia tentang itu.”
Dengan dua konsep berbeza yang sudah ada, Purple Kiss tidak sabar untuk mencuba lebih dan mengembangkan lagi gaya mereka pada masa hadapan. “Terdapat banyak konsep yang para ahli ingin cuba. Sebagai contoh, kami ingin mencuba tema magik dan berkilau yang boleh menjadi lebih bijaksana, sesuatu seperti tema yang mempesona,” kongsi Ireh, dan ahli-ahli lain semuanya menyatakan persetujuan mereka. Ketika saya bertanya tentang hutan mempesona, semua ahli menyatakan persetujuan mereka, meng-ooh dan ahh terhadap konsep tersebut.
Purple Kiss melakukan debut semasa pandemik, jadi mereka belum mempunyai kesempatan untuk melakukan persembahan secara langsung di hadapan para peminat mereka, yang dikenali sebagai PLORY. Ketua Jieun menjawab, “Di mana sahaja peminat global berada, kami ingin ke negara-negara tersebut dan membuat persembahan di sana.”
Kumpulan ini telah mengumpulkan seperempat juta pengikut di Instagram, selain 15 juta tontonan untuk video muzik “Zombie” mereka dan telah disebutkan bersama beberapa kumpulan perempuan yang sangat popular dalam generasi keempat K-pop.
Menunjukkan Sisi Mereka yang Boleh Difahami
Purple Kiss dipenuhi dengan bakat dan kebijaksanaan dalam tahun-tahun mereka, dan mereka mempunyai sisi yang menyeronokkan, boleh difahami yang bersinar ketika anda berbicara dengan mereka. Mereka bukan sahaja terus membuktikan status mereka sebagai pemimpin kumpulan idol generasi keempat, malah mereka juga membuat semua orang yang berbicara dengan mereka merasa selesa dan disambut, bahkan orang asing yang baru bertemu dengan mereka untuk pertama kalinya.
Mereka mengingat kembali kisah yang tidak dapat dilupakan dari waktu cuti, menunjukkan sifat sebenar mereka sebagai idol-idol yang senang didekati. “Pada 1 Januari 2021, kami berbual dan makan makanan yang dihantar (delivery) dalam asrama kami hingga subuh,” kongsi mereka. “Kami makan makanan seperti ayam, pizza dan semua makanan penghantaran lain yang kami ingin pesan. Juga, semasa mendengar lagu sebelum debut kami, ia menjadi pukul dua belas dan ia menjadi 2021, jadi itu menjadi pesta yang hebat.”
Selain daripada minat mereka terhadap muzik, kumpulan itu berkongsi minat yang sama dalam tarot dan astrologi. Dengan kata itu, kesemua ahli Purple Kiss teruja dan mula berbual sesama sendiri dan ketawa, dan secara keseluruhannya, suasana menjadi sangat riang. “Kami semua amat menyukainya,” mereka berkata. Mereka juga berkongsi bahawa mereka mengambil ujian psych dan kuiz keperibadian semasa masa lapang mereka dan membandingkan hasil mereka, kerana mereka senang mempelajari tentangnya dan mendapat hasil yang tepat untuk keperibadian mereka.
Purple Kiss telah memuat naik konten yang menarik selain daripada persembahan-persembahan mereka. Sebagai contoh, semasa hari-hari sebelum debut mereka, mereka melakukan permainan viral Among Us dalam ssebuah video YouTube. Ketika ditanya tentang melakukan permainan lain dalam video pada masa hadapan, kesemua member menjadi lebih riang dan melakukan gerakan roda. Mereka menerangkan bahawa terdapat satu aplikasi di telefon yang dipanggil Kart Rider, dan mereka ingin mencuba untuk melakukannya pada masa hadapan.
Kekal Berlandas: Bagaimana Purple Kiss Menjaga Kesihatan Mental Mereka
Walaupun kehidupan idol sangat tertekan, Purple Kiss melakukan debut dalam masa yang secara uniknya mencabar bagi semua orang, dimana ramai orang berusaha yang terbaik untuk menjaga kesejahteraan diri mereka sendiri. Para ahli berkongsi tentang menjaga kesihatan mental mereka dan apa yang mereka telah belajar dari ahli-ahli lain.
Disebabkan hanya terdapat tujuh orang ahli dalam kumpulan tersebut, mereka mempunyai sangat banyak peluang untuk belajar antara satu sama lain. Mereka perlu berfikir tentangnya, kerana mereka mempunyai masa yang sukar untuk memilih hanya satu perkara yang mereka belajar dari ahli lain. “Saya belajar dari Dosie bagaimana untuk menjadi tenang dan idealistik,” Swan, ahli termuda Purple Kiss mengongsikan. “Saya menjadi sangat emosi dalam situasi-situasi yang tertentu, tetapi ketika Dosie berada dalam situasi yang sama, dia biasanya sangat tenang dan idealistik, jadi saya cuba untuk belajar bagaimana Dosie bertindak.
Purple Kiss menghargai kesejahteraan mental mereka, dan mereka berusaha sedaya upaya untuk mengekalkannya. Goeun menjawab soalan ini juga, berkongsi kebijaksanaannya sebagai salah seorang daripada ahli yang tertua dalam kumpulan tersebut. Dia berhenti sejenak untuk memikirkan tentangnya, dan menerangkan, “Salah satu daripada bahagian yang paling penting dalam mengekalkan kesihatan mental saya adalah menjaga kesihatan fizikal, dan juga mengambil masa untuk mengeluarkan emosi saya secara rutin kerana apabila saya mengeluarkan emosi saya, tenaga yang baik, positif boleh masuk. Dengan menulis diari, saya cuba untuk mengeluarkan emosi-emosi saya.
Berada dalam sebuah kumpulan dengan enam orang ahli lain telah memberikan setiap anggota dengan bukan hanya sistem sokongan, tetapi juga enam orang lain yang tahu dengan tepat apa yang bakal mereka lalui. Hubungan antara ahli sangat jelas, tetapi walaupun begitu, Ireh mengongsikan apa yang dia sangat suka berada dalam Purple Kiss. “Dalam Purple Kiss, ada enam orang lagi. Jadi sementara semua ahli sangat-sangat berbakat dalam melakukan persembahan, mereka semua hangat dan lawak dan ianya suasana yang sangat bagus.” Temu ramah tersebut berakhir dengan nada tinggi ketika mereka mengu-projek mereka pada masa hadapan dan keluaran mereka.
Mencari lebih banyak lagi Purple Kiss? Lihat liputan kami tentang projek debut mereka disini!
Thumbnail by Janessa