Ditulis oleh : Cheyenne Tatum | @chyandblack

Advertisement

Diterjemahkan oleh : Yuni | @SUNFLWRSY

Melangkah keluar sebagai persembahan solo EXO yang kedua pada malam itu, Baekhyun membuka setnyadengan lagu debutnya, “UN Village” dengan tetamu istimewa yang sangat mengejutkan. Setelah beberapa pandangan menggoda pada kamera dan body rolls secara sensual berlawan dengan penari sandaran wanitanya, “Avenger of K-Pop” yang nakal itu disertai oleh rakan anggota SuperM-nya, Mark, yang menjadi kemunculan rap yang mengejutkan di “UN Village”.

Advertisement
https://twitter.com/baektodyo11/status/1344884879037587457?s=20

Ini bukan kali pertama pasangan tersebut telah bekerja sama untuk lagu itu. Kolaborasi pertama secara ironinya terjadi semasa Konsert SMTOWN di Tokyo pada tahun 2019. Tetapi sekarang, secara rasminya berdering pada 2021, Mark dan Baekhyun menghabiskan masa mereka di atas pentas, memberikan masing-masing senyuman suka-suka sementara chemistry dan karisma mereka yang sangat hebat melantun satu sama lain dan ke dalam hati mereka EXO-Ls, NCTzens dan “Novas” (nama peminat secara tidak rasmi SuperM) di seluruh dunia. Pernahkah kita menyebutkan bahawa mereka secara praktikalnya berkembar dengan pakaian biru / biru-kehijauan mereka yang sama. Persahabatan yang indah lahir daripada kumpulan yang hebat.

Baekhyun menamatkan setnya dengan ear-worm yang sedap iaitu “Candy”. Sikap bersemangat dan dan suka bermainnya sangat menyerlah dengan angka ini dan masih membuatkan kita merindukan “pop rocks, strawberry, bubblegum” hingga ke tahun baru.