By Chyenne Tatum | @chyandblack
Translated by Aimi Atifah | @heocaroons
Kehidupan glamor seorang penulis lagu bukanlah selalunya apa yang diperkatakan. Anda diharapkan untuk membantu mencipta beberapa lagu yang sangat popular dan berpengaruh dalam muzik, di samping melindungi hak anda sebagai pencipta. Selama ini, memastikan bahawa anda menerima layanan yang adil dan setara di kalangan rakan sekerja serta label rakaman.
Bagi wanita-wanita di dalam industri muzik, harapannya adalah berlipat ganda dari apa pengalaman rakan sekerja lelaki mereka, dan seringkali, mereka tidak dipandang serius dalam mana-mana profesion mereka. Penyanyi dan penulis lagu berusia 23 tahun, Linda Quero (lebih dikenali sebagai Shorelle), di sisi lain, sudah mengetahui apa yang dia layak dan minatnya terhadap muzik telah membawanya kepada menulis lagu untuk artis-artis seperti Taeyeon, Oh My Girl, ikon J-pop Koda Kumi, dan ramai lagi.
Perlepasan : Itali ✈️ London ✈️ Ketibaan : K-pop
Dilahirkan di sebuah bandar kecil berdekatan Venice, Itali, Shorelle selalu mempunyai rasa cinta terhadap muzik dan seni. Dia memulakan kerjayanya sebagai seorang penyanyi, pelakon, dan pemain muzik. Disaat usianya masuk 17 tahun, minat Shorelle di dalam menulis lagu telah meroket dan akhirnya mendahului tiga yang sebelumnya. Setelah berpindah ke London untuk meneruskan kerjaya menulisnya, Shorelle menghadiri The Academy of Contemporary Music dimana dia memasuki sebuah pertandingan menulis lagu dengan kerjasama sebuah persatuan penulis muzik yang digelar The Ivors Academy dan membuat sebuah hubungan yang sangat istimewa.
“Saya merupakan salah satu daripada tiga finalis dan akhirnya mendapat tempat kedua dalam pertandingan itu,” dia berkata. “Tetapi salah seorang daripada panelis itu amat menyukai lagu-lagu saya dan menawarkan saya peluang menulis dalam K-pop.” Pada masa itu, Shorelle mengakui bahawa dia tidak tahu apa sebenarnya K-pop ini, tetapi memberi peluang untuk melihat apakah itu sesuatu yang dia akan minati. “Video K-pop pertama saya adalah “TWICE’s “Likey” dan ianya sangat-sangat comel, tetapi sangat mengagumkan.”
Mengikuti penyelaman dalam Shorelle dalam pengenalan K-popnya, Shorelle memutuskan bahawa dia setuju dan terus bekerja dengan penerbit pertamanya yang digelar Soundgraphics pada tahun 2-18 – salah satu daripada syarikat penerbitan yang terbesar di Jepun. Walaupun penulis lagu itu masih sangat baru dalam industri tersebut dan baru keluar daripada universiti, bakat dan dorongannya bercakap untuk dirinya sendiri ketika dia membuat karya yang paling pertamanya dengan vokalis kegemaran semua orang, Taeyeon, daripada Girls’ Generation.
Menulis untuk Bintang-bintang
Shorelle telah menulis lagu lembut, tempo sederhana, “Vanilla” untuk EP Jepun pertama Taeyeon yang berjudul Voice pada tahun 2019, dan mendedahkan dia telah menulisnya dengan harapan agar lagu tersebut sesuai untuk penyanyi lagu yang hebat itu. “Saya menulis lagu tersebut secara khusus memikirkan tentang suaranya kerana dia merupakan salah satu daripada penyanyi-penyanyi yang sangat hebat dalam industri tersebut,” Shorelle berkata. “Tetapi ianya juga sebuah lagu yang sangat menyentuh hati saya dan saya bersyukur dia [Taeyeon] menyimpan pesanan yang sama dalam lirik itu dan memberkati barisan atas saya dengan vokalnya.”
Seolah-olah saat ini masih belum cukup menggembirakan Shorelle, dia juga kebetulan mendapat berita yang baik pada 8 Mac – Hari Wanita Antarabangsa. “Saya sangat gembira, saya mula menjerit dan menangis dan bercakap dalam bahasa Itali,” dia tertawa. Dengan ramai penulis lagu, mereka menulis dengan artis tertentu di dalam fikiran yang mereka rasa sesuai dengan lagu tersebut, tetapi ia biasanya akan berakhir pergi ke seseorang yang amat berbeza. Taeyeon adalah kes yang jarang dalam buku Shorelle. “Saya rasa ia adalah pesanan daripada alam semesta pada Hari Wanita,” katanya. “Oleh kerana tidak ramai penulis lagu wanita dalam industri tersebut, saya rasa seperti saya mewakili para wanita.”
Menguji Perairan di Seluruh Asia
Kini menetap di Korea, Shorelle telah menemukan kejayaan dalam menulis untuk artis wanita yang lain di seluruh Asia. “Krystal” oleh Oh My Girl, “I’m Lovin” oleh Koda Kumi, dan kumpulan perempuan Cina, The9, debut dengan lagu tarian-pop, “Sphinx” – akhirnya mendapat tiga platinum pada hari pertama pengeluarannya. Ketika Shorelle mula bermain dengan perkataan-perkataan dan bunyi yang berbeza, dia muncul dengan sentuhannya sendiri untuk “Sphinx” yang berdasarkan warisan Italinya.
“Judul asalnya adalah dalam bahasa Itali,” dia berkata. “Dalam korus, anda dapat mendengar mereka menyanyi ‘你有 你有 (ni you, ni you)’, tetapi asalnya, ia adalah ‘nino nino’ yang merupakan bunyi ambulans di Itali.” Daya tarikannya dengan bunyi universal adalah apa yang menginspirasikan sebahagian daripada hook lagu itu. “Semua orang tahu bunyi seperti ‘bang bang’ atau ‘pow pow’ jadi saya secara khususnya cuba untuk menerapkan formula itu pada awal karier saya dan menulis lagu-lagu yang sesiapa sahaja boleh berasa berkait, tanpa mengira bahasa apa pun yang mereka gunakan.
Berkerja dengan Produser Kegemaran: LDN Noise
Pada kemuncak tahun 2020, Shorelle menandatangani sebuah kontrak dengan duo penulisan dan produksi lagu LDN Noise (Greg Bonnick dan Hayden Chapman), dua veteran yang berpengalaman dan popular dalam industri K-pop, dan telah menjadi mentor kepada Shorelle ketika dia meneroka seninya. “Ketika saya menulis disertasi saya untuk uni, saya menulisnya di K-pop dan sumbangan penulis-penulis Barat, jadi saya sudah mengetahui segalanya tentang mereka,” dia berkata. “Mereka menjemput saya ke dalam studio untuk mengerjakan salah satu lagu mereka dan saya berusaha sekuat mungkin untuk tidak fangirl.”
Semasa bekerja dengan mereka di London, dia dapat menghadiri lawatan (tour) SuperM “We Are The Future” dan memiliki pengalaman di luar tubun (out-of-body) ketika idola K-pop kegemarannya mengakui karya penulis lagu dan produser di sebalik lagunya. “Saya sedang merakam keseluruhan konsert dan Taemin berterima kasih kepada LDN Noise yang menulis “Jopping” dan “View” di hadapan seluruh Arena O2,” katanya. “Itu apa yang saya suka tentang para idola – mereka sangat berbakat, namun tetap sangat merendah diri dan sentiasa mengenali orang-orang yang bekerja di sebalik tabir.”
Perbezaan Kreatif Antara Pasaran Asia
Oleh kerana Shorelle telah bekerja dengan terlalu ramai artis yang berbeza, ianya selamat untuk menganggap tidak semua artis atau pasaran adalah sama dalam mengendalikan proses kreatif mereka di kalangan penulis dan produser. Dia menerangkan peraturan pertama untuk penulisan K-pop adalah bahawa semuanya perlu terdengar seperti hook yang menarik, dan ia perlu ada sesuatu yang baharu dalam setiap dua bar lagu itu. Hari ini, struktur tersebut berubah sedikit agar sesuai dengan struktur lagu yang lebih kepada Amerika. “Kini bahawa kumpulan-kumpulan seperti BTS dan Blackpink menjadi semakin global, ada lebih pendekatan barat kepada muzik,” dia berkata. “Tetapi walaupun ianya sedikit lebih tradisional kepada standard Barat, ia tetap perlu menghiburkan dan magikal untuk sesuai ke dalam standard gaya K-pop.
Korea telah menjadi negara terkemuka untuk identiti Asia dalam muzik pop sejak awal tahun 2000-an, sedangkan muzik industri China masih lagi mencari tahu tentangnya. “Pasaran pop China masih lagi relatif baru, jadi mereka masih lagi membentuk bunyi mereka,” Shorelle berkata. “Mereka ingin memiliki sesuatu yang serupa dengan K-pop, tetapi saya rasa mereka akan sampai ke sana dalam beberapa tahun kemudian.”
Akhirnya, Jepun adalah sebuah pengalaman sendiri dengan aura individu dan identiti yang sangat berbeza. “Mereka mempunyai sangat banyak variasi dan cenderung untuk memotong gaya-gaya yang berbeza.” Tanpa menghiraukan untuk siapa pun dia menulis, peraturan pertama Shorelle adalah untuk menulis sesuatu yang bouncy dan menarik yang boleh berkait dengan semua orang.
Gaya Penulisan di Sebalik Shorelle
“Saya akan menggambarkan gaya penulisan saya sebagai huru-hara, bergantung kepada tahap kopi yang saya ambil pada hari itu,” Shorelle bergurau. Sebagai bekas pelakon, penulis multitalenta itu telah terbiasa untuk membuka ciri keperibadiannya yang berbeza-beza dan memasukkannya ke dalam muziknya bergantung kepada gaya lagu yang diberikan. Untuk personifikasikan secara muzik dan visual ciri-ciri kontra ini dan memberi makna yang lebih mendalam di sebaliknya, dia memutuskan untuk membuat akronim dari nama panggungnya, Shorelle. “Ia sebenarnya adalah campuran antara Sheena, Ronelle, dan Elle, yang merupakan tiga identiti yang saya gunakan ketika saya menulis,” dia berkata.
“Sebagai contoh, Ronelle adalah yang utama terlibat dalam “Sphinx” dan dia merupakan rapper yang sangat pemarah jadi saya cuba untuk menyalurkannya ketika menulis raps,” Sementara itu, Sheena disalurkan semasa menulis “Vanilla” oleh Taeyeon dan digambarkan sebagai seorang gadis manis yang menggunakan banyak “pendekatan melodi” kepada semua yang dia lakukan untuk tunjukkan bahawa dia jatuh cinta. “Ia seperti mempunyai pelakon-pelakon saya sendiri untuk bermain pada hari tersebut – ia menjadi sifat kedua,” katanya lagi. “Itulah sebabnya K-pop sangat sempurna bagi saya, setiap kumpulan mempunyai peranan yang berbeza untuk setiap ahli.”
Pengalaman Seorang Wanita di dalam Bidang Muzik
Sering kali, wanita yang muda dilakukan seperti tahap rendah ketika bekerja dengan lelaki, dan selalu didiamkan dalam memberi pendapat mereka, “Di Itali, produser lelaki yang saya bekerja dengan, sangat suka mengarah dan memberitahu saya ianya kerana saya tidak berpengalaman,” katanya. “Tetapi di London, walaupun beberapa lelaki akan cuba dan mengganggu saya di dalam studio, secara keseluruhannya ia adalah tempat yang lebih baik untuk menjadi seorang wanita di dalam industri kreatif.
Cukup menarik, Shorelle menjelaskan bahawa dari semua negara dan pasaran yang pernah dia bekerjasama dengan setakat ini, industri muzik Asia telah melebihi semua harapannya. “Semua orang sangat baik dan hormat-menghormati dalam industri K-pop,” dia berkata. “Saya tidak merasa seperti saya pernah dibeza-bezakan kerana menjadi seorang wanita dan pendapatannya jauh lebih adil di sini.” Shorelle menggambarkan sesama produser K-pop Alawn sebagai salah seorang daripada orang-orang baik yang dia pernah jumpa di dalam industri dan betapa dia rela untuk menolongnya ketika dia memerlukannya – kedua-duanya juga dikendalikan oleh The Hello Group di LA. “Terdapat rasa komuniti dan penghargaan yang besar di kalangan pencipta K-pop dan para peminat, jadi ia membuatkan industri itu berasa selamat.”
Nasihat untuk Wanita Muda
“Jadi baik terhadap diri anda sendiri dan jadi peminat terbesar diri anda,” Shorelle menyatakan. “Saya sangat mencadangkan membuat hubungan dan membina asas untuk dua hingga tiga tahun pertama dalam kerjaya anda, tetapi yang paling penting, bersabarlah dengan diri anda sendiri.”
Mengalami kuarantin sepanjang tahun lalu, Shorelle menyatakan bahawa hidup secara sendiri (isolasi) boleh menjadi sunyi tanpa interaksi sosial yang berfungsi sebagai gangguan. “Sebagai seorang wanita, ketahuilah bahawa anda tidak pernah sendirian – rakan-rakan anda sentiasa satu mesej jauh jika anda memerlukannya.”
Kepentingan untuk mempunyai sekumpulan teman wanita yang rapat dan merangkul kekuatan perempuan anda adalah sangat diperlukan, menurut Shorelle. “Perempuan memahami antara satu sama lain lebih baik, terutamanya kerana kita menghadapi isu-isu yang sama dalam muzik,” dia berkata. “Sekiranya ada yang mencapai sejauh ini dalam industri itu, itu kerana mereka telah menentang dan percaya di mana orang lain tidak percaya lagi.”
Jika anda ingin terus berhubung dengan Shorelle, ikutinya di Instagram dan lihat laman webnya!
Untuk mengetahui tentang lebih lagi wanita-wanita yang hebat dalam muzik, lihat Rakiyah In Space disini!