Disediakan oleh Ellie Forte | @filthydinosaurs
Diterjemahkan oleh Aimi Atifah | @heocaroons
Pada 3 Mei jam 12 tengah malam waktu Korea, Taeyong dari NCT telah melancarkan lagu terbarunya “Monroe” bersama Baekhyun dari EXO. Dihasilkan oleh SQUAR, lagu ini mempunyai suasana vintage. Pada satu jam pertama, “Monroe” telah mencecah lebih daripada 205K streams di SoundCloud. Lagu tersebut menampilkan produksi yang bertenaga, rap yang menarik, dan vokal halus daripada kedua-dua Baekhyun dan Taeyong. “Monroe” menyelam ke dalam emosi yang disertai dengan cinta.
Terinspirasi daripada Marilyn Monroe
Pada 30 April, Taeyong buat pertama kalinya menghantar teasers untuk “Monroe” di Instagram story miliknya. Taeyong tidak asing lagi untuk menggunakan momen budaya dan simbol untuk memberi petunjuk tentang hasil karyanya yang akan datang, mereka konsep untuk muziknya. Marilyn Monroe adalah ikon budaya yang terkenal dengan kecantikan dan kewanitaannya. Di dalam lagu tersebut, Taeyong menyanyikan, “I love your blonde hair, I love your lovely eyes,” berkaitan dengan ciri fizikalnya.
Mengambil satu langkah ke hadapan, dia memasukkan potongan daripada siaran berita yang membincangkan Marilyn Monroe. Lagu itu bermula, “After a year’s absence, Marilyn Monroe flew back to Los Angeles from New York and answered reporters’ questions”.
Sebagai tambahan, Baekhyun dari EXO memulakan lagu tersebut dengan menyanyikan “I’m still smoking cigarettes.” Marilyn Monroe dulunya terkenal dengan menghisap rokok di kedua-dua dalam filem dan kehidupan peribadinya. Baris itu dengan bijak meletakkan Baekhyun sebagai Marilyn manakala Taeyong adalah wartawan yang menjawab. Dengan menggunakan Marilyn Monroe sebagai seseorang untuk lagu tersebut, dia dapat melukis gambar-gambar di fikiran para pendengar.
“Monroe” pertama kalinya didengarkan sedikit untuk 10 saat pada bulan September tahun 2019 semasa sebuah VLIVE bertajuk “Long time no see?LEE TAEYONG.”
taeyong spoiled a song called “monroe” back in 2019 so is his instagram update a hint for his next release? 😳 pic.twitter.com/dX9AsX50xQ
— taeyong pics (@taeyongpictures) April 30, 2021
Kolaborasi Mengejut bersama Baekhyun
Pada bulan Mac, ianya diumumkan bahawa Taeyong dan ahli SuperM, Baekhyun, akan berkolaborasi pada keluaran SoundCloud yang akan datang.
https://twitter.com/support_127/status/1372884003297058816?s=19
Taeyong tidak memberitahu bahawa Baekhyun akan berada di dalam lagu ini, dan para pendengar terkejut dengan gembira apabila mendapat tahu bahawa ini adalah kolaborasi bersama Baekhyun yang sangat dinanti-nantikan.
https://twitter.com/tokkiknight/status/1388871168699125767?s=19
IM GONNA D!EEEEEEEEE
TY X BAEKHYUN AHHHHHHH #TAEYONG_Monroe#먼로_들어주태용— hannahbanana🌹 (@ty0ng95) May 2, 2021
Baekhyun beberapa kali telah memberitahu bahawa dia ingin berkolaborasi dengan Taeyong. Keduanya juga merupakan topik hangat pada bulan Jun yang lalu ketika Taeyong mengambil bahagian di dalam #CandyChallenge bersama Mark. Sejak itu, para peminat kedua-dua Taeyong dan Baekhyun sangat teruja akan masa hadapan kedua artis ini.
https://twitter.com/tyhjwy/status/1388871607079391232?s=19
all of taeyong’s released songs in soundcloud deserves to be in an official solo album with a high production mv and amazing promotions
— STREAM TAP 🌹 (@DUALITY0NG) May 2, 2021
https://twitter.com/gtaprints/status/1388873535141994505?s=19
give taeyong a pen and put him on the studio and he will DELIVER
— yen (@ltynavy) May 2, 2021
Kerana Baekhyun telah ditetapkan untuk melakukan latihan tentera segera, ini adalah keluaran yang menerujakan untuk peminatnya, BBHLs. Baekhyun juga baru-baru ini mengeluarkan mini-albumnya yang menerima banyak pujian daripada orang-orang yang biasanya mengutuk, Bambi.
Untuk Masa Hadapan
Muzik taeyong merupakan bukti kepada bakatnya sebagai seorang artis. Dengan tahun-tahun di hadapannya, dia menunjukkan masa depan yang cerah dengan kemungkinan rekod solo.
Mahu mendengar lebih banyak? Pastikan untuk mengikuti Taeyong di Instagramnya.
Kini bahawa ianya sudah dikeluarkan secara rasmi, baca lebih banyak tentang bagaimana Taeyong mengejutkan para peminat dengan teasers simboliknya untuk “Monroe!”