Dalam hanya dua setengah tahun sejak debut mereka, VERIVERY telah menjadikan diri mereka artis yang mampu dan serba boleh. Dari bersaing secara muzik hingga menghasilkan rancangan mereka sendiri, banyak aktiviti mereka telah menguatkan maksud penyatuan kumpulan itu. Nama VERIVERY berasal dari perkataan Latin “veri,” yang bermaksud kebenaran, dan digabungkan dengan perkataan bahasa Inggeris “very.”

Advertisement

Ketika mereka sedang bersiap sedia untuk pengeluaran video muzik mereka, “Trigger,” yang bakal dilancarkan pada 23 Ogos, EnVi duduk bersama ketujuh-tujuh anggota untuk menggali lebih dalam lagi mengenai keluaran terbaru mereka, kisah mereka, dan diri mereka sendiri.

Di Zoom, skrin memberikan cahaya yang sangat terang: VERIVERY mengenakan pakaian berwarna putih bersih dan semuanya tersenyum. Mereka duduk bersebelahan satu sama lain dalam barisan yang sempurna: Gyehyeon, Dongheon, Minchan, Yongseung, Kangmin, Yeonho, dan Hoyoung. Namun, aura menakutkan mereka dengan pantas diimbangi oleh kehangatan mereka yang bersemangatㅡia dengan senang mengalir keluar dari mereka.

Advertisement
Courtesy of Jellyfish Entertainment

MELANGKAH KE DALAM KEGELAPAN

“Trigger” adalah lagu utama dari EP terbaru mereka, SERIES ‘O’ ROUND 2: HOLE. Ini akan menjadi EP yang keenam kumpulan tujuh anggota ini dan sekuel bagi keluaran bulan Mac mereka, Series ‘O’ Round 1: HALL.

Bagi Minchan, ini merupakan comeback pertamanya sejak cuti (hiatus), dan dia dengan lancarnya memulakan temu ramah itu. Dia menerangkan konsep album ini dan bagaimana, dalam album sebelumnya, VERIVERY dibahagikan oleh orang yang tidak dikenali yang mereka tidak mahu hadapi. Ini menyebabkan VERIVERY tenggelam di dalam ruang dan kegelapan mereka sendiri, menghasilkan HOLE.

EP ini mengandungi empat lagu, “Trigger,” “Underdog,” “Prom,” dan “Heart Attack,” yang menjalin pendengar lebih jauh lagi ke dalam alam kegelapan mereka. Series ‘O’, sebenarnya merupakan sambungan daripada trilogi FACE it, yang memperkenalkan para anggota dengan mengintip ke dalam “gambar yang tak terhitung jumlahnya dalam diri saya,”mereka. Introspektif dan reflektif, VERIVERY telah menguatkan diri mereka sebagai pencerita yang mahir.

Advertisement

Penetapan konsep bagi ‘O’ disebabkan oleh pelbagai maksud yang berkemungkinan, sama ada ianya mata, titik, atau infiniti. Dalam siri album ini, mereka menemui “ruang dalaman yang gelap” yang masing-masing miliki. Kehadiran mereka yang misteri, namun kuat, memperjelaskannya. Pada masa yang sama, terdapat juga cahaya tertentu.

Sama ada menghasilkan muzik video mereka sendiri atau rancangan mereka, VERIVERY Land, kumpulan itu berusaha untuk memimpin aktiviti-aktiviti mereka. Album ini tidak terkecuali. “Kumpulan penghasilan muzik dalam anggota kami, empat anggota kami di siniㅡmereka telah menghasilkan banyak lagu, seperti lebih dari 20 perkara, dan mereka sebenarnya meletakkan satu lagu,” Hoyoung menerangkan dengan loghat Kiwi yang memukau, sambil memberi isyarat menunjuk kepada Dongheon, Gyehyeon, Yeonho, dan Yongseung.

Lagu khusus itu adalah “Prom,” yang terinspirasi daripada prom Amerika dan bertujuan untuk menjadi lagu yang menggembirakan bagi mengatasi keadaan semasa kita. Para anggota berteriak ketika dia selesai, bangga dengan usaha kolektif mereka. Dongheon menambahkan, “Walaupun sekarang dengan COVID, kami telah melihat banyak video mengenai prom dari orang luar. Namun, sejak kebelakangan ini, parti, parti rumah, atau bahkan bertemu dengan orang bukanlah mudah untuk dilakukan, jadi dengan maksud itu, saya harap para peminat dapat memiliki lagu yang hangat ini.”

Advertisement

Ketika disoal mengenai apa lagi yang akan dibawakan oleh album baru ini, Yeonho dengan yakinnya menjawab, “Sehingga kini, kami telah melakukan banyak konsep yang baik, tetapi saya yakin bahawa konsep ini merupakan yang terbaik kerana pada masa ini para peminat dapat mengharapkan visual anggota-anggota kami.” Ini menimbulkan tawa dari anggota-anggotanya. “Dan anda juga boleh mengharapkan hip-hop dalam album tersebut.”

MEMBUKA PERASAAN BERSAMA VERIVERY

Selain mengerjakan muzik mereka sendiri, VERIVERY kerap melakukan cover untuk artis-artis yang berlainan, seperti Olivia Rodrigo, Ariana Grande, Troye Sivan, dan Baek Yerin, jika dinamakan beberapa. Lagu-lagu yang biasa didengar, disegarkan dengan suara mereka, tetapi untuk lagu lama VERIVERY sendiri mereka rasa yang terbaik mewakili diri mereka sendiri, Hoyoung berkata, “Kami ingin ramai orang melakukan cover untuk lagu debut kami.”

Mereka melakukan debut mereka pada tahun 2019 dengan lagu “불러줘 (Ring Ring Ring),” dan, dalam kata-kata Hoyoung, “Ia sebenarnya menunjukkan siapa diri kami yang sebenar, kerana kami sangat bertenaga dan ceria.”

Advertisement

Sama ada “Tag Tag Tag” yang menggembirakan atau “Thunder” yang menghantui, sikap ini membolehkan VERIVERY untuk mendekati dan menguasai apa-apa konsep dengan mudah. “Saya rasa kekuatan [kami] sebagai sebuah kumpulan ialah menunjukkan banyak konsep dalam album kami dalam lagu cinta kami, jadi itu bukan masalah yang besar bagi kami,” kata Hoyoung.

Dikenali sebagai salah satu daripada kumpulan yang paling selaras (synchronized) pada hari ini, VERIVERY sentiasa berusaha untuk persembahan mereka. Namun begitu, mereka tidak mengabaikan masa untuk diri mereka sendiri. “Kami telah meluangkan masa berlatih, meningkatkan kemahiran menari atau vokal. Dan juga, disebabkan COVID-19, kami tinggal di rumah dengan banyak memasak dan menonton Olimpik bersama. Yeah, itu sahaja yang kami lakukan,” Hoyoung mengangguk, melihat ke arah anggota-anggotanya untuk kata sepakat.

Apabila ditanya mengenai makanan atau sukan tertentu, mereka mengambil masa untuk berfikir sebelum Hoyoung menjawab, “Untuk makan malam, Min Chan membuat sup rumpai laut, dan dia memasukkan banyak daging di dalamnyaㅡitu rahsia kami! Dan bagi Olimpik, kami menonton memanah. Kami menonton renang, bola tampar, dan bola sepak.” Dari semua aktiviti ini, yang mereka paling ingin mencuba adalah memanah. Bagi hobi baharu atau yang telah berterusan pada masa lapang mereka, mereka benar-benar seperti orang lain. “Tidak ada hobi baru atau hobi lain bagi saya, tetapi saya selalu menonton banyak rancangan dan drama Korea,” ujar Yeonho.

Advertisement

“Dan bagi saya, saya banyak bermain boling bersama Yongseung!” Minchan juga menambah. Satu perkara yang pasti: “bekerja keras, bermain keras” sesuai untuk VERIVERY.

KE HADAPAN MEREKA MENUJU

Jadi apa seterusnya bagi VERIVERY? Walaupun tahun ini telah menghadirkan banyak cabaran, mereka telah memahami sebanyak mana peminat-peminat mereka telah menyokong mereka dan berharap yang mereka dapat mengembalikan tenaga yang sama.

“Kami mengambil rehat yang lama buat pertama kalinya dalam debut kami, untuk lima bukan, saya rasa. Dan, dalam masa-masa itu, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminat kami kerana terus menerus mengirimkan kami cinta dan sokongan yang besar, dan bagaimana mereka terus menunggu kami, untuk album baharu kami. Kami ingin menunjukkan persembahan yang bagus untuk album ini dan kami harap anda menantikan album baharu kami. Saya sayang kalian,” Hoyoung memberitahu EnVi, dan anggotanya dengan cepat mengucapkan ungkapan terakhirnya.

Advertisement

“Memikirkannya, walaupun peminat-peminat kami sangat jauh, kerana mereka sentiasa berada di sisi kami dan bersorak untuk kami, kami menerima banyak kekuatan. Sebanyak mana sokongan anda memberikan kami kekuatan, kami akan mengembalikannya kepada anda semua tanpa batas,” Minchan berkata.

Courtesy of Jellyfish Entertainment

“Kami berharap agar para peminat dapat memperoleh tenaga sepanjang hari-hari musim panas yang panas ini melalui album ini dan ‘Trigger,’” ujar Yeonho. 

Untuk matlamat yang besar, VERIVERY ingin mengekalkan saat-saat muzik mereka dicipta untuk para pendengar dan mereka sendiri. “Terutamanya di K-Con New York, kami melakukan sebuah cover bagi 24K Magic. Dan ketika kami mempersembahkan lagu tersebut, kami memperoleh ramai penonton yang turut bernyanyi, jadi ia benar-benar terasa seperti kami telah melakukan sesuatu,” Hoyoung berkata, anggota-anggotanya mengangguk setuju. 

Advertisement
https://youtu.be/33IHfX3mzFs

Namun, VERIVERY kekal merendah diri. Kejayaan-kejayaan mereka pada masa lalu tidak menghilangkan semangat mereka yang berterusan, dan hanya memperkukuhkan lagi dedikasi mereka kepada kumpulan dan satu sama lain.

“Saya rasa matlamat yang kami katakan adalah, seperti yang kamu katakan sebelumnya, bersama-sama untuk masa yang lama, dan juga mendahului dalam… apa-apa?” Hoyoung berkata dengan berhati-hati. “Kami belum lagi menjadi yang pertama dalam program muzik, jadi itu matlamat kami.” Dia berhenti, mendengar gurauan Dongheon sebelum menerjemahkan.

“Dan Dongheon berkata bahawa dia ingin berada di dalam peringkat sepuluh teratas Billboardㅡah 100 teratas.”

Advertisement

Stream “Trigger” dan EP-nya di SpotifyApple Music, dan Youtube!

Thumbnail courtesy of Mal.