Translated by Yuni | @SUNFLWRSY_

Advertisement
  1. @JISUNGIE

Pemilik di sebalik akaun yang dikhaskan untuk mencintai anggota termuda NCT, dia telah mencerahkan fandom seperti yang dilakukan Jisung terhadap kehidupan kita!

Dari manakah anda berasal?

Advertisement

Philippines.

Berapa lamakah anda telah menjadi seorang peminat?

Saya sudah menjadi seorang peminat sejak 25 Ogos 2016, setelah menonton muzik video “Chewing Gum” yang disiarkan!

Advertisement

Apa yang membuatkan anda menyertai fandom tersebut?

NCT Dream menawan hati saya setelah saya menonton “Chewing Gum” dan saya jatuh cinta dengan suara mereka!! Dan mereka juga sangat comel, jadi saya fikir saya boleh agak memahami kanak-kanak lelaki ini yang berumur sama dengan saya. Lagu-lagu NCT 127 dan NCT U juga sangat unik dan kena dengan citarasa saya!

Siapakah bias anda?

Advertisement

Park Jisung.

Ada bias-wreckers?

Sebenarnya saya ada 4 biases!! Jungwoo dari NCT 127, Hendery dari WayV dan sekarang saya juga mengangkat Sungchan hehe ^^

Advertisement

Apakah beberapa lagu kegemaran anda?

“Walk You Home”, “Welcome To My Playground”, “Trigger The Fever”, “Simon Says”, “Kick It”, “Stand by Me” and “Déjà Vu”

Bagaimanakah NCT / WayV memberi inspirasi kepada anda?

Advertisement

NCT dan WayV telah memberi inspirasi kepada saya melalui banyak cara. Mendengarkan lagu mereka dapat menggembirakan dan menerujakan hari saya! Lagu-lagu mereka sangat bermakna. Keperibadian mereka sangat bagus dan mereka layak menerima semua kasih sayang dan sokongan dalam dunia ini. Bagaimana mereka gigih dalam mencapai impian mereka, mempengaruhi saya dalam mencapai impian saya juga! Mereka juga membantu saya meningkatkan keyakinan diri saya untuk berinteraksi dengan rakan-rakan NCTzens saya yang lain. Menjadi seorang NCTzen adalah salah satu daripada keputusan terbaik yang telah saya buat dalam kehidupan saya.

Apakah pengalaman paling menarik yang anda dapat sebagai fan account setakat ini?

Saya melayan setiap hari yang saya habiskan di fan account saya dengan sangat gembira kerana terdapat kejadian dan peristiwa baharu setiap hari. Saya rasa pengalaman paling menarik yang saya dapat ialah sering memenangi hadiah! Saya telah menyertai beberapa giveaways dengan menggunakan fan account dan saya amat senang hati apabila saya menang beberapa albums dari giveaways tersebut. Mampu berkawan dan berkomunikasi dengan orang-orang dari seluruh dunia juga membuatkan saya amat gembira! Saya juga gembira kerana ramai orang menyokong Park Jisung dan seluruh NCT bersama saya.

Advertisement

Apakah kesukaran yang anda hadapi sebagai fan account? Bagaimanakah anda ingin mengatasi masalah tersebut?

Bagi saya, ianya adalah bagaimana saya mengekalkan fan account tersebut dengan menghantar tweet setiap hari! Ada kalanya saya terlalu sibuk dan tidak dapat memuat naik kemas kini tentang Jisung dan ahli lain ㅠㅠ Saya juga sangat takut dan bimbang setiap kali saya hantar tweet memandangkan fan account tersebut mempunyai penonton yang besar serta pengikut yang ramai, saya takut mereka akan menghantar balasan atau maklum balas yang negatif kepada beberapa tweets yang saya hantar, jadi saya sangat berjaga-jaga dan berfikir terlebih dahulu sebelum menghantar tweet.

Jika anda boleh memberi beberapa kata kepada bias anda, apakah kata-kata tersebut?

Advertisement

Jisungie, terima kasih sangat-sangat kerana memberi inspirasi kepada saya setiap hari! Awak tidak tahu betapa banyak keselesaan yang awak berikan kepada kami. Terima kasih kerana selalu berkomunikasi dengan kami dan membuat kami merasa disayangi dan penting. Awak berhak mendapat semua kasih sayang, penjagaan dan sokongan dalam dunia ini! Kami sentiasa berada di sisi awak! ? NCTzens sangat bangga dengan awak. Semua yang terbaik untuk maknae NCT! Kami amat menyayangimu~?

  1. @TYbububu

Dikenali di stan Twitter untuk menonjolkan setiap satu titik-titik menawan bias-nya, “M” telah membina nama untuk dirinya sendiri sebagai peminat dengan kasih sayang tanpa had terhadap semua yang berkaitan dengan Taeyong.

Dari manakah anda berasal?

Advertisement

Malaysia.

Berapa lamakah anda telah menjadi seorang peminat?

Hanya setahun lebih! Saya menemui NCT menjelang akhir September 2019.

Advertisement

Apa yang membuatkan anda menyertai fandom tersebut?

Muzik mereka begitu unik dan saya tidak dapat berhenti mendengar! Ketika saya mula menonton persembahan secara langsung mereka, saya amat kagum dan tidak dapat mengalihkan pandangan dari mereka, terutamanya Taeyong. Kehadiran mereka di antas pentas dan karisma mereka amat mengejutkan! Dan menonton kesemua video NCT Daily dan siri NCT Life membuatkan saya makin jatuh cinta terhadap mereka!

Siapakah bias anda?

Advertisement

Taeyong ialah ult saya dan Doyoung dan Kun juga adalah bias saya 😀

Ada bias-wreckers?

Xiaojun, Ten dan Johnny tetapi ianya berubah setiap masa!

Advertisement

Apakah beberapa lagu kegemaran anda?

Ini adalah sangat sukar kerana mereka mempunyai sangat banyak lagu-lagu yang sangat bagus! “Simon Says” dan “Baby Don’t Stop” sentiasa berada di bahagian atas senarai saya, tetapi beberapa kegemaran saya baru-baru ini termasuklah “Boom” (dari NCT 127), “Mad Dog”, “Love Again”,  “Domino” dan “Moonwalk”! Dan saya tahu kita hanya mendengar sedikit bahagian sahaja (buat masa sekarang) tetapi saya sudah tahu bahawa saya akan menyukai “Misfit”!

Bagaimanakah NCT / WayV memberi inspirasi kepada anda?

Advertisement

Kerja keras, semangat dan dedikasi mereka terhadap kerja mereka. Apabila seseorang melakukan apa yang mereka sukai, anda benar-benar dapat merasakan minat mereka. Melihat mereka teruja dengan muzik mereka, terus berlatih untuk menyempurnakan persembahan mereka – itu juga memberikan inspirasi kepada saya untuk melakukan yang lebih baik dan bekerja lebih keras. Kadangkala ketika saya hampir menyerah, saya memikirkan kata-kata Taeyong, “Usaha anda tidak akan pernah mengkhianati anda. Semua usaha anda akan terbayar.” dan ini hanya memberi saya motivasi untuk meneruskan.

Apakah pengalaman menarik yang anda dapat sebagai fan account setakat ini?

Saya berasa teruja setiap kali saya berjumpa dengan seseorang yang mempunyai banyak minat yang sama dengan saya (selain daripada menyukai NCT). Ada beberapa orang yang saya telah bercakap dengan mereka dan dengan sekelip mata kami dapat bergaul dengan baik dan ia seperti !! detik yang membuatkan saya sangat gembira. Saya membuat akaun saya dengan tujuan menjerit ke dalam The Void ™ tentang betapa saya sayang NCT dan Taeyong. Saya sama sekali tidak merancang untuk “bersosial”, itu hanyalah apa yang berlaku di sepanjang jalan tetapi saya telah benar-benar rapat dengan beberapa orang yang saya telah temui di sini dan saya sangat bersyukur! Kami hanya menunggu wabak ini berakhir supaya kami dapat saling bertemu suatu hari nanti!

Advertisement

Apakah kesukaran yang anda hadapi sebagai fan account? Bagaimanakah anda ingin mengatasi masalah tersebut?

Sebagai orang yang mengikuti lebih besar dari rata-ratanya, saya telah belajar bahawa saya harus berhati-hati dengan kata-kata yang saya gunakan. Ada keadaan dimana beberapa perkara yang saya katakan diambil di luar konteks, dan itu benar-benar mempengaruhi kesihatan mental saya untuk bersikap jujur, jadi saya menjadi sangat bimbang sebelum menghantar tweet kadangkala. Saya juga mempunyai bahagian dimana saya membuat kecuaian dan terlibat di dalam hal yang saya tidak seharusnya, tetapi anda hidup dan anda belajar! Saya rasa mempunyai rakan-rakan dan kumpulan sokongan yang baik di sini sangat membantu. Selain daripada itu, saya rasa penting untuk memilih perlawanan dan mengatur garis masa anda agar pengalaman anda di stan tweet menjadi seronok!

Jika anda boleh memberi beberapa kata kepada bias anda, apakah kata-kata tersebut?

Advertisement

Awak telah membawa banyak kebahagiaan ke dalam hidup saya dan saya amat bersyukur untuk itu! Saya harap awak akan sentiasa mengutamakan diri awak kerana apa-apa pun, kebahagiaan anda akan sentiasa menjadi keutamaan pertama kami. Terima kasih kerana bekerja keras dan memberi inspirasi kepada kami setiap hari! Sayang awak! 

  1. @huangsichengs

Temui pengguna yang dikasihi disebalik begitu banyak terjemahan kegemaran kita dan peminat serba boleh yang hebat, @huangsichengs terkenal kerana banyak sumbangannya kepada fandom ini.

Dari manakah anda berasal?

Advertisement

Philippines.

Berapa lamakah anda telah menjadi seorang peminat?

Sejak 2018! Semasa era Empathy.

Advertisement

Apa yang membuatkan anda menyertai fandom tersebut?

Detik penentu bagi saya adalah episod NCT 2018 Weekly Idol ^^ Saya baru mengenali mereka ketika itu dan mendengar album Empathy dengan santai serta beberapa lagu-lagu lama mereka. Semasa mereka mempersembahkan “Black on Black” untuk pertama kalinya dan disaat Mark berkata “what’s up” dan anggota lain jatuh ke bawah, saya amat terpesona. Secara peribadi, saya tidak pernah melihat kumpulan dengan kekuatan menari yang banyak dan pada saat itu, saya memutuskan untuk mendedikasikan cinta dan akaun bank saya kepada mereka sejak itu!

Siapakah bias anda?

Advertisement

Renjun!!
Ada biasa-wreckers?

Chenle, Jaemin, Jisung <3

Apakah beberapa lagu kegemaran anda?

Advertisement

My Page” dan “Trigger The Fever”. Maksud lagu itu adalah indah dan sangat bermakna bagi saya, dan ianya adalah bonus bahawa lagu tersebut adalah lagu yang paling menyeronokkan untuk menari dan berpesta semasa The Dream Show ^^ 

Bagaimanakah NCT / WayV memberi inspirasi kepada anda?

Dalam banyak cara, tetapi secara khusus, Renjun telah banyak memberi inspirasi dan membuat saya terharu banyak kali selama dia menjadi DJ Akdong Seoul. Dia selalu ada untuk menghiburkan orang untuk mengejar impian mereka dan apa sahaja yang membuat seseorang bahagia. Dia selalu mengingatkan orang-orang untuk mengambil satu langkah pada satu masa dan mengambil suatu perkara mengikut kadarnya sendiri. Secara peribadi, saya kadang-kadang menerjemahkan kata-kata Renjun untuk berkongsikannya dengan lenih banyak kepada, tetapi ia juga menjadi peringatan kepada diri saya sendiri. Ianya mungkin secara tidak langsung, tetapi Renjun membuat minat saya untuk belajar perkara baharu semakin besar.

Advertisement

Apakah pengalaman menarik yang anda dapat sebagai fan account setakat ini?

Saya mempunyai banyak, sebenarnya! Tetapi kegemaran secara peribadi saya adalah ketika Renjun membalas @renjunpictures (akaun yang saya miliki) dua kali dalam masa satu hari semasa menpa dan ketika NCT Dream sendiri mengambil gambar dengan sepanduk yang saya reka sendiri untuk The Dream Show di Manila <3

Apakah kesukaran yang anda hadapi sebagai fan account? Bagaimanakah anda ingin mengatasi masalah tersebut?

Advertisement

Apabila orang memberitahu saya cara lain untuk menjalankan akaun yang saya miliki. Saya dan semua admins fanbase yang lain melakukan yang terbaik untuk mengemas kini / menghantar dan menerjemahkan pada masa lapang secara sukarela, jadi ianya sangat dihargai jika orang berhenti bertindak seperti mereka membayar orang seperti kami untuk menjalankan akaun dan memaksa kami beberapa perkara. Kami semua ialah orang yang mempunyai kehidupan peribadi sendiri disebalik fan accounts / fanbases, jadi saya harap orang lebih memahami.

Jika anda boleh memberi beberapa kata kepada bias anda, apakah kata-kata tersebut?

Awak amat bermakna buat saya, terima kasih kerana menjadi diri awak.

Advertisement
  1. @littlekuns

Dari manakah anda berasal?

Philippines.

Berapa lamakah anda telah menjadi seorang peminat?

Advertisement

Saya sudah menyukai mereka sejak SMROOKIES, tetapi menjadi fan aktif setelah WayV debut.

Apa yang membuatkan anda menyertai fandom tersebut?

Apa yang membuatkan saya menyertai fandom tersebut ialah bakat mereka dan keperibadian unik mereka. Cara mereka mempamerkan diri dan kemahiran mereka sangat luar biasa! Mereka adalah sekumpulan lelaki berbakat yang dapat melakukan banyak perkara seperti menerbangkan kapal terbang, memainkan pelbagai instrumen muzik, mengkoreografi, mengarang dan menghasilkan muzik, bertutur dalam pelbagai bahasa, dapat melakukan magik serta banyak lagi. Mereka juga melayan kesemua ahli dan peminat seperti keluarga <3

Advertisement

Siapakah bias anda?

Qian Kun, ketua berbakat WayV!

Ada bias-wreckers?

Advertisement

Ianya ialah Hendery.

Apakah beberapa lagu kegemaran anda?

Face to Face”, “Moonwalk” dan “Take Off” Lagu kegemaran saya selain daripada dari WayV ialah lagu-lagu daripada Ben&Ben, WannaOne dan EXO.

Advertisement

Bagaimanakah NCT / WayV memberi inspirasi kepada anda?

WayV memberi inspirasi kepada saya untuk keluar dari zon selesa saya dan menemui pelbagai perkara. Oleh kerana mereka adalah para lelaki yang ingin mencuba banyak perkara baharu, mereka mendorong saya untuk membuka diri dengan perkara-perkara yang saya tidak biasa tetapi menarik untuk dicuba. Kerana mereka, saya menjadi versi diri saya yang lebih baik yang tidak takut untuk mencuba perkara baharu dalam kehidupan. Dan kerana WayV selalunya ingin berinteraksi dengan peminat mengenai cara mereka tahu memberi nasihat, berkongsi pengalaman mereka dan perkara-perkara lain, fikiran serta pengalaman yang mereka kongsi juga memberi kesan besar kepada saya yang membawa saya untuk memperbaiki diri saya untuk lebih baik.

Apakah pengalaman menarik yang anda dapat sebagai fan account setakat ini?

Advertisement

Pengalaman saya yang paling menggembirakan sebagai fan account setakat ini adalah mengetahui ramai peminat dari negara lain yang mempunyai hati yang sama dengan saya tentang perihal kumpulan dan / atau ahli kegemaran kami. Selain itu, apa yang membuat fangirling saya lebih menarik adalah ketika Kun, yang merupakan bias saya, menjawab dan perasan akan saya! Strim langsung ahli yang tidak dijangka dan rahsia yang dibocorkan oleh mereka menjadikan segalanya menarik dan teruja sebagai seorang peminat! 

Apakah kesukaran yang anda hadapi sebagai fan account? Bagaimanakah anda ingin mengatasi masalah tersebut?

Salah satu kesukaran yang saya hadapi sebagai fan account adalah ketika seseorang cuba memburukkan ahli kegemaran saya walaupun mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan Rasanya sangat salah bagi saya bahawa ada orang yang membenci artis yang banyak memberi inspirasi kepada anda walaupun anda tidak ada alasan untuk membenci mereka sama sekali. Tetapi, pada hakikatnya, anda tidak dapat menggembirakan sesiapa pun, jadi saya, bersama peminat lain, lebih memfokuskan pada menyokong kegemaran kita agar ramai peminat dapat melihat dan menyukai mereka.

Advertisement

Jika anda boleh memberi beberapa kata kepada bias anda, apakah kata-kata tersebut?

Terima kasih kerana membuat semua orang bahagia. Mari kita berjalan di atas jalan yang berbunga untuk jangka masa yang lama. Awak layak menerima semua kebahagiaan dan perkara yang baik di dalam dunia. Sentiasa ingat bahawa ada peminat yang sangat menyayangi awak dan akan sentiasa berada di sini untuk menyokong awak <3