Disediakan oleh Ellie Forte | @filthydinosaurs 

Advertisement

Diterjemahkan oleh Aimi Atifah | @heocaroons 

 

Advertisement

Untuk peminat, internet adalah salah satu daripada banyak cara untuk menunjukkan rasa kasih sayang kepada idola kegemaran mereka. Beberapa kaedah ini termasuklah akaun peminat, ruang Twitter (spaces), dan kini sebuah laman web. Pada hari Ahad, 16 Mei, laman web tersebut, leetaeyong.com, telah dilancarkan. Laman web tersebut memaparkan kandungan yang memperincikan karya-karya solo Taeyong serta karyanya bersama NCT dan SuperM. Terdapat beberapa cara digunakan untuk menarik peminat sementara mereka berada di laman web tersebut. Daripada muzik hingga seni peminat, hingga penulisan, tiada kekurangan kandungan.

 

Untuk menyokong Taeyong, peminatnya memastikan bahawa mereka dapat menyusun strategi untuk meningkatkan lagi penjenamaan dan pendedahannya. Kolaborasi terutamanya diperlukan untuk laman web itu terhasil. Lebih daripada 20 TyongF’s menyumbang dalam pembuatan laman web tersebut. Penciptanya telah membuat jelas bahawa dia peduli tentang melibatkan fanbase untuk bekerja dengan satu sama lain. Malah ada bahagian di laman web tersebut yang membolehkan para peminat untuk menghantar idea dan seni.

Advertisement

 

TEMUI PENCIPTA

Pencipta laman web tersebut adalah dua orang TyongF’s bernama Skye dan Isa. EnVi berbual dengan kedua-duanya tentang laman web itu dan bagaimana ia wujud. Bagi Skye dan Isa, mereka mahukan sebuah ruang di mana para peminat dapat mengakses maklumat tentang Taeyong. Skye menerangkan kepada EnVi bahawa semasa dia menjadi seorang peminat, ia agak sukar untuk mencari maklumat tentang Taeyong. Ianya “berterabur di seluruh Twitter.”

 

Advertisement

Isa, sebaliknya, menganggap Twitter sebagai alat yang berguna untuk mencari maklumat; tetapi kadangkala tidak boleh dipercayai. Dalam katanya,, “Orang boleh menghapuskan tweet mereka, dan akaun boleh digantung (suspended)… Saya rasa para peminat memerlukan sesuatu yang lebih selamat. Juga, terdapat ramai orang yang tidak suka menggunakan aplikasi ini, atau lebih memilih untuk menggunakan media sosial yang lain dan akhirnya ketinggalan beberapa perkara.”

 

Semasa percambahan idea, kedua-duanya mencipta laman web mereka sendiri yang berbeza. Dengan bertemu di Twitter, mereka dapat berkumpul dan membuat laman web tersebut menjadi hidup.

Advertisement

 

REAKSI PEMINAT

Ramai TyongF’s yang menunjukkan keterujaan mereka untuk laman web tersebut di Twitter.

 

Advertisement

Advertisement

 

TyongF’s terus untuk menunjukkan cinta dan sokongan mereka terhadap taeyong. Laman web, leetaeyong.com, ialah sebuah pusat bagi para peminat untuk terus menyokong Taeyong.

Suka membaca tentang laman web rekaan peminat untuk menyokong Taeyong? Lihat liputan terbaru kami tentang Taeyong dan karya-karyanya disini.

Advertisement